Assalamualaikum Ni first time cuba buat sendiri. Yang sebelum ni, ada Cikgu Nurul kat sebelah. Buat roti jenis ni memang perlukan kesabaran. Akak start buat pukul 1.30 petang, bakarnya esok pagi, pukul 8. Walaubagaimana pun, bahan-bahannya agak mudah untuk didapati. Hanya perlukan tepung roti, garam, air, sourdough starter dan sedikit minyak sayuran. Alhamdulillah. Hasilnya memuaskan …
Sourdough
Assalamualaikum Akhirnya berkesempatan juga nak belajar buat roti ‘sourdough’. Kebetulan terjumpa iklan pasal kelas belajar membuat roti sourdough ini dan tempatnya tak jauh pula dari rumah. Jadi, Akak pun apa lagi. Terus register…😍 Apa yang dimaksudkan dengan roti sourdough? Roti sourdough merupakan alternatif kepada roti putih. Sourdough merupakan sejenis roti yang dibuat dengan kombinasi tepung …
Colmar Tropicale Bukit Tinggi
Assalamualaikum. Hari tu saya berkesempatan membawa keluarga bercuti ke Bukit Tinggi, Pahang. Dah lama sebenarnya. Baru nak update hari ni. Percutian itu sepatutnya pada 18 & 19 Disember 2021, tetapi terpaksa ditunda kerana laluan Lebuh Raya Pantai Timur telah ditutup akibat banjir. Alhamdulillah, pihak hotel dapat memberikan tarikh lain untuk ‘check-in’. Terima kasih Colmar Tropicale …
Syawal 2022
Assalamualaikum Selepas 2 tahun kita beraya PKP di perantauan, tahun ini Alhamdulillah, dapat beraya di kampung. Cuma terkejut siket sebab tak sangka kita menyambut 1 Syawal pada hari Isnin, 2 Mei 2022. Ingatkan raya hari Selasa. Tapi, sedih jugakan…sebab terburu buru mengucapkan selamat tinggal pada Ramadhan. Semoga dapat bertemu lagi dengan Ramadhan tahun depan. InsyaAllah. …
24 April 2022
Assalamualaikum. Alhamdulillah…Allah masih memberikan nikmat umur Semoga terus diberikan kesihatan, dimurahkan rezeki, tercapai segala cita-cita & hajat dan semoga diberkati selalu. Thank you for the cake ❤ Sekian. Wassalam.
Barley Bowl
Assalamualaikum Selalu kita tengok orang makan oat. Kali ni saya nak cuba barli pulak. Version kali ni bukan overnight barley, sebab barli ni saya dah rebus siap-siap. Kebetulan memang rebus agak banyak hari tu. Jadi boleh simpan dalam peti ais. Kalau nak buat air atau nak buat barley bowl macam ni, tinggal ambik aje. Caranya …