Ketupat dan Pressure Cooker

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, kali ini berkesempatan untuk membuat ketupat.

Masa arwah Abah ada dulu, kami buat ketupat bersama-sama. Jadi, ini adalah kali pertama saya buat ketupat dari cari daun, menganyam, isi beras, hinggalah merebus sendiri.

Ketupat yang sedang dianyam

Ini adalah percubaan pertama masak ketupat guna pressure cooker

Bila dah siap masukkan beras dalam sarung ketupat, kita masukkan ke dalam pressure cooker
Alhamdulillah..dah selamat dimasak. Masa yang digunakan untuk memasak adalah dalam 45 minit
Alhamdulillah. Sudah masak…
Siap untuk dihidangkan

Alhamdulillah…Menjadi juga eksperimen masak ketupat menggunakan pressure cooker. Masa memasak juga kurang berbanding dengan masak cara biasa.

Cuma ketupat kali ni keras sikit. Next time boleh kurangkan sedikit berasnya…

Tu aje nak update.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir & Batin

Related Posts

Leave a Reply