Hobby Recipes

Kuih Lompang

Assalamualaikum

Suka pulak tengok kuih warna warni ni…

Resipi dan tips buat kuih ni, saya dapatkan dari 2 sumber. Satu dari blog saji (www.rasa.my) dan blog Che Nom (resipichenom.com).

Tepek resipi kat sini supaya senang nak refer kalau buat lagi.

Bahan-bahan:

  • 1 1/4 cawan tepung beras
  • 1 sudu tepung ubi
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 1/4 cawan air
  • 1/2 sudu air kapur
  • Pewarna kesukaan
  • Kelapa parut digaulkan dengan sedikit garam dan 2 helai daun pandan (hiris kasar)

Cara-cara

  • Campurkan kesemua bahan kecuali pewarna, kelapa parut dan daun pandan.
  • Setelah sebati, asingkan kepada beberapa bahagian mengikut warna pilihan (saya bahagikan kepada 3 bahagian)
  • Campurkan warna pilihan.
  • Sapukan minyak masak pada acuan lompang dan kukus acuan selama 5 minit. Tujuan acuan ini di kukus adalah untuk dapatkan effect ‘lesung pipit’ pada kuih lompang kita.
  • Setelah itu, masukkan bahan ke dalam acuan kuih lompang.
  • Kukus selama 15 – 20 minit. Setelah masak, keluarkan dari pengukus dan sejukkan dahulu sebelum keluarkan dari acuan.
  • Kukus pula kelapa parut yang telah dicampurkan dengan sedikit garam dan hirisan (kasar) daun pandan selama 5 minit.
  • Sedia untuk dihidangkan

Selamat mencuba. Sekian. Wassalam.

Leave a Reply