Suasana Hijau Di Sungai Tekala

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Berkesempatan pergi ke Sungai Tekala minggu ni. Dah lama tak pergi. Kali terakhir pergi rasanya di awal tahun 90 an….Nampak tak berapa umurnya di situ? 🤭

Cantik tempat ni. Tenang and dapat menikmati suasana hijau dan damai.

Saya sampai dalam pukul 9.30 pagi. Masa tu tak ramai orang. Jadi senang siket kerja-kerja nak ambik gambar…😀

Kalau nak pergi boleh cari guna ‘waze’ aje. Kalau rasa nak berkelah, mandi manda dan berkhemah pun boleh juga. Pastikan bawa peralatan yang cukup.

Hijau. Sejuk dan segar mata memandang. Hari tu, dapat juga naik sampai ke kawasan yang agak tinggi walaupun keadaannya agak licin. Seram juga sebenarnya. Alhamdulillah…Allah mudahkan perjalanan.

Tak rugi pergi. Memang cantik tempatnya.

Sesuai juga nak jadikan tempat riadah seperti aktiviti panjant tangga dan bukit.

Itu saja update untuk Sungai Tekala. InsyaAllah ada rezeki boleh pergi lagi.

Sayangi Sungai Kita..❤

Sekian. Wassalam.

Related Posts

Leave a Reply