Assalamualaikum. Alhamdulillah, cuti sekolah September lepas dapat pergi lagi ke Mersing. Kali terakhir ke Mersing adalah pada Mac 2021. Maksudnya dah setahun lebih tidak memijak bumi Mersing.

Pergi kali ni sekejap saja kerana tujuannya untuk island hopping.
Tak sempat pun nak jalan-jalan di Bandar Mersing. Dari Bangi, singgah sekejap di gerai berdekatan dengan Pantai Mersing untuk makan tengah hari. Lepas tu terus ke tempat penginapan di Resang.

Kami menginap di Resang Indah Chalet (RIC). Saya book resort dah agak lambat juga dan kebanyakkan resort sudah fully booked. Maklumlah, tarikh yang nak book pun masa cuti sekolah. Hampir putus asa jugak masa tu…huhu
Tapi gigih juga mencari. Akhirnya ada juga resort yang available. Terima kasih pada pengusaha RIC, Kak Nab (Puan Zainab) kerana banyak membantu untuk dapat kan tempat penginapan untuk kami…❤

Kalau nak book resort di RIC, boleh contact Kak Nab atau cari detail nya facebook ‘Resang Indah Chalet’.

Saya ambik 2 unit untuk 2 malam. Satu unit kosnya RM200 untuk 1 malam.
Kalau duduk di kawasan sini, memang rasa macam duduk di kampung. Malam dengar bunyi cengkerik. Suasana pun aman dan damai bersama udara yang bersih. Nyaman….❤
Pagi-pagi boleh terus ke kawasan pantai untuk melihat matahari terbit.

Ok. Kita cerita pasal island hopping pula. Aktiviti ni bermula dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Kami di bawa melawat ke beberapa pulau di Mersing. Ada juga aktiviti hiking. Minuman sepanjang island hopping disediakan. Begitu juga dengan makan tengah hari. Kos island hopping adalah RM160 seorang.

Pada saya, Mersing adalah antara pantai yang paling cantik yang pernah saya jumpa.

Saya suka sangat dengan lautnya yang biru kehijauan.

Memang cantik pulau-pulau di Mersing. Tak rugi pergi.
Ada juga aktiviti snorkeling.

Selain dari melawat pulau, tempat yang menarik untuk pergi dan insyaAllah boleh ambik gambar pemandangan yang cantik adalah di Pantai Teluk Gorek, Resang serta sekitarnya dan juga Penyabung.

Cantik kalau nak ambik gambar kat sini.

Ada terfikir juga nak book resort/hotel di Penyabung atau kawasan sekitar Endau. InsyaAllah, jika ada rezeki dan kalau ke Mersing lagi, bolehlah cuba menginap di area sini pula.

Semoga dapat bercuti lagi di Mersing. InsyaAllah.
Sekian. Wassalam
Cantiknya. Tak pernah sampai lagi Mersing, kena masuk dlm wishlist.
Jemput datang ke Mersing. Memang cantik dan menarik utk pergi.
Your article gave me a lot of inspiration, I hope you can explain your point of view in more detail, because I have some doubts, thank you.