Bread & Bun | Cerita | Sourdough

Sourdough

2022-06-27

Assalamualaikum

Akhirnya berkesempatan juga nak belajar buat roti ‘sourdough’. Kebetulan terjumpa iklan pasal kelas belajar membuat roti sourdough ini dan tempatnya tak jauh pula dari rumah. Jadi, Akak pun apa lagi. Terus register…😍

Apa yang dimaksudkan dengan roti sourdough?

Roti sourdough merupakan alternatif kepada roti putih. Sourdough merupakan sejenis roti yang dibuat dengan kombinasi tepung dan air yang telah difermentasi selama beberapa hari. Teknik sourdough digunakan untuk membuat roti sebelum adanya ragi/yis.


Cerita pasal kelas, memang best kelas Cikgu Nurul ni, sebab dia ajar step by step. Selain dari belajar buat roti, kami juga belajar tentang penjagaan ‘starter’ (campuran tepung & air yang digunakan untuk menggantikan ragi/yis).

Alhamdulillah. Ni kejadian roti yang dah siap.

Kelas bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir hampir pukul 5 petang. Rupanya buat roti sourdough ni memerlukan kesabaran yang tinggi. Tapi hasilnya memang berbaloi…👍👍

Lagi pun, Akak memang suka roti ni. Kira tak rugi belajar.

Overall kelas ni best. Cikgu dia best. Peserta pun semuanya best. Organizer pun terbaik.

Cabarannya cuma nak buat roti ni sendiri di rumah…Moga terus bersemangat dan boleh buat dengan cantiknya. Aamiin.

Hasil percubaan pertama
Ni roti yang Cikgu Nurul buat, untuk hidangan lunch.

Kami disajikan dengan lunch yang best oleh organizer.

Lunch terbaik…

Semoga tetap bersemangat dan terus istiqomah nak buat roti. Aamiin.

Sekian. Wassalam.

Leave a Reply