Assalamualaikum
Selepas 2 tahun kita beraya PKP di perantauan, tahun ini Alhamdulillah, dapat beraya di kampung.
Cuma terkejut siket sebab tak sangka kita menyambut 1 Syawal pada hari Isnin, 2 Mei 2022. Ingatkan raya hari Selasa. Tapi, sedih jugakan…sebab terburu buru mengucapkan selamat tinggal pada Ramadhan. Semoga dapat bertemu lagi dengan Ramadhan tahun depan. InsyaAllah. Aamiin.
Punyalah kelam kabut nak memasak juadah raya malam tu. Nasib baik bahan2 sudah dibeli. Tinggal masuk periuk aje….😀








Alhamdulillah…semuanya berjaya diselesaikan malam tu. Dengan berkat kerjasama satu keluarga, kerja masak memasak dapat diselesaikan, bermula dalam pukul 9.30 malam, selesai pada pukul 3 pagi (lebih kurang arr)…😀

Salam Aidil Fitri & Maaf Zahir Batin
Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita. Aamiin.
Betul syok dapat beraya semula di kampung lepas 2 tahun.
hehe kami di kampung mujur juga la tu daging barang – barang da ready,
kelam kabut di malam, pagi raya dah tak bermaya hehe