About Barley | My Stories

Lempeng Barli

2022-04-11

Assalamualaikum

Hari ini saya mencuba buat lempeng. Bukan lempeng biashe2, tapi lempeng barli.

Saya gunakan sukatan (ratio lebih kurang 80:20) untuk campuran tepung barli dan tepung gandum. Tambah sedikit garam, lepas tu, campurlah dengan air secukupnya.

Tepung Barli

Seterusnya, masukkan campuran tepung tadi ke dalam kuali. Ni first time cuba, alhamdulillah menjadi.

Masak pun dekat pukul 7. Kalau tak menjadi tadi, buka puasa makan epal la jawabnya…huhu.

Kalau nak tau, tepung barli ni banyak khasiat. Ia mengandungi lebih banyak serat, serta dapat memberikan rasa kenyang yang berpanjangan. Pastinya baik juga untuk usus kita.

Macam makan lempeng biasa sebelum ni, saya makan dengan sambal tumis ikan bilis. Kalau cicah gula pun mungkin sedap agaknya. Nanti nak cuba juga lah…

Sekian. Wassalam.

Leave a Reply