About Barley | Cerita

Barley Bowl

2022-04-19

Assalamualaikum

Selalu kita tengok orang makan oat. Kali ni saya nak cuba barli pulak.

Version kali ni bukan overnight barley, sebab barli ni saya dah rebus siap-siap. Kebetulan memang rebus agak banyak hari tu. Jadi boleh simpan dalam peti ais. Kalau nak buat air atau nak buat barley bowl macam ni, tinggal ambik aje.

Caranya mudah saja. Masukkan barli yang sudah direbus ke dalam mangkuk. Lepas tu boleh campur kan aksesori pilihan untuk dimakan bersama. Saya campurkan kacang (beli kat kedai arab), kismis dan yang sewaktu dengannya. Nak lagi best, tambahkan susu (fresh milk atau almond milk) sebelum makan.

Sesuai untuk juadah sahur.

Nota: Barli adalah sejenis bijirin yang berkhasiat dan mengandungi banyak serat.

Selamat mencuba. Wassalam

Leave a Reply