About Barley Recipes

Overnight Barley

Assalamualaikum.

Selalu kita makan atau dengar tentang overnight oat. Kali ini saya nak cerita pasal Overnight Barley.

Ni first time cuba buat. Alhamdulillah. Sedap rupanya overnight Barley ni. Nak buat pun senang.

Walaupun kat resipi tu tulis tak perlu rebus dulu barli, tapi saya rebus juga…😊

Lepas tu hanya tambah buah-buahan kesukaan. Lagi bagus kalau ada kurma kerana ia akan menjadi pemanis pada Overnight Barley ni. Kurma juga baik untuk kesihatan.

Bila dah siap kesemua bahan, boleh susun dalam bekas. Untuk kali ini saya campurkan barli (yang sudah direbus), kurma, mangga, strawberry dan kismis. Simpan di dalam peti sejuk semalaman supaya kesemua rasa bahan-bahan tadi bersatu.

Sebab barli sudah direbus, saya hanya tambahkan susu bila nak makan.

Boleh cuba buat, InsyaAllah boleh menjadi salah satu resipi sarapan yang sihat.

Sekian. Terima kasih. Wassalam.

Leave a Reply