Assalamualaikum.

Selalunya di dapur kita ada tepung gandum, tepung beras, tepung pulut, tepung ubi dan tepung jagung. Tapi kali ni saya nak bercerita tentang TEPUNG BARLI.

Tepung barli mempunyai tekstur lebih kasar jika dibandingkan dengan tepung gandum. Warnanya adalah putih-kelabu.

Tepung barli menghasilkan rasa manis dan mengandungi banyak protein. Namun begitu, tepung barli tidak mempunyai banyak gluten. Sekiranya ingin menggunakan tepung barli sebagai bahan untuk membuat roti, adalah lebih baik jika mencampurkannya dengan tepung roti dan tepung gandum untuk mendapatkan keseimbangan rasa dan struktur doh yang optimum.

Tepung barli adalah sumber vitamin A dan B serta memiliki serat yang tinggi dan mampu untuk menurunkan kadar kolestrol “buruk”. Maka tidak hairanlah jika barli dikategorikan sebagai makanan yang kaya dengan khasiat.

Sausage Bun

Baru-baru ini saya ada menambahkan tepung barli ke dalam resipi roti saya. Alhamdulillah, kejadiannya lembut, gebu dan mesra warga emas.

My First Barley Bread Loaf

Jadi, lepas ni boleh cuba macam-macam resipi lagi.

Garlic Cheese Bun

Sekian. Wassalam.

Related Posts

Leave a Reply