Assalamualaikum.
Talbinah adalah makanan sunnah dan diperbuat daripada tepung barli.

Cara memasakknya cukup mudah. Tak lebih daripada 10 minit. Hanya 3 bahan utama diperlukan untuk membuat talbinah iaitu tepung barli, susu dan madu. Yang lain-lain seperti di dalam gambar adalah aksesori tambahan.
Cara memasakknya:
Tepung barli (2 ke 3 sudu makan) dibancuh dengan air terlebih dahulu. Kemudian, masak tepung barli bersama susu (saya guna dalam 1 ke 1 setengah cawan). Masak sehingga pekat. Bila sudah masak, tunggu suam atau bila nak makan, baru lah campur madu. Kalau nak tambah kurma, kacang-kacang atau bahan-bahan seperti di dalam gambar pun boleh (kismis, dried berries & dried mulberry).
Hadith tentang Talbinah
Dari Ummul Mu’minin Sayidatina Aisyah r.a berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Talbinah itu mengubat hati orang yang sakit dan menghilangkan sebahagian kesedihan” – HR Al Bukhari & Muslim
Hal yang sama juga disebutkan di dalam sahih Muslim, Ibn Majah, Iman Ahmad dan al Tirmidzi. Imam Ahmad menyebut di dalam sebuah hadith, Abu Ahmad al-Zubairi telah menceritakan kepada kami oleh Aiman daripada Ummu Kaltsum daripada Aisyah, beliau berkata “Jika Rasulullah SAW diberitahu bahawa si pulan sakit dan tidak mahu makan apa pun, Baginda bersabda “Buatlah bubur Talbinah dan suapkan kepadanya. Demi zat yang diri ku ada dalam genggaman-Nya, sesungguhnya bubur Talbinah mampu membersihkan perut salah seorang di antara kamu sebagaimana salah seorang di antara kamu membasuh mukanya dengan air daripada kotoran”

Khasiat Talbinah
- Merawat penyakit pada sistem penghadaman
- Membantu menghilangkan kesedihan dan kemurungan (depresi)
- Mengatasi penyakit darah tinggi
- Membantu mengawal kolestrol dalam darah
- Mengatasi penyakit sukar tidur
- Menguatkan sistem imun tubuh
Begitu banyak khasiat yang boleh diperolehi daripada makanan sunnah ini. Bahannya juga mudah didapati serta tidak sukar untuk memasaknya. Lepas ni, boleh la diamalkan dan semoga kita menjadi lebih sihat. InsyaAllah.
Sekian. Wassalam.
Rujukan:
- Bubur Talbinah merawat hati, penawar duka – utusantv.com
- Talbinah, Minuman Rasulullah SAW yang menggembirakan hati – sunnahhub.com
- Talbinah, makanan sunnah yang banyak khasiatnya – edisirakyat.com