Assalamualaikum.
Pernah minum air barli? Sedap kan. Cara penyediaannya pun mudah saja.
Apa yang penting, air barli mempunyai banyak khasiat dan baik untuk kesihatan.
Barli adalah sejenis bijirin yang kaya dengan vitamin B kompleks, zat besi, kalsium, magnesium, selenium, zink, protein, asid amino, serat serta beberapa jenis antioksida yang lain.

Merendahkan tahap kolestrol
Air barli baik untuk mengurangkan kadar kolestrol dalam darah dan seterusnya dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Serat yang terdapat di dalam beras barli juga tinggi beta-glucan yang boleh mengurangkan kadar kolestrol LDL atau kolestrol buruk dalam darah.
Membantu sistem penghadaman
Air barli mempunyai banyak serat dan boleh membantu usus mencerna makanan. Air barli dipercayai boleh membantu mempercepatkan proses penghadaman makanan, mengelakkan sembelit dan membantu mengekalkan kesihatan usus.
Mengawal Diabetes
Air barli adalah minuman yang sesuai untuk pengidap diabetes. Beta-glucan yang terdapat dalam beras barli dipercayai dapat menurunkan paras gula dalam darah.

Membantu mengurangkan berat badan
Air barli adalah sumber minuman kesihatan dan sangat baik untuk mengurangkan berat badan.
Air barli mempunyai serat yang tinggi dan jika dimakan bersama bijirinnya mampu memberikan rasa kenyang yang berpanjangan. Ini dapat mengelakan daripada makan dengan kadar berlebihan serta tanpa henti 😀. Tambahan lagi, air barli baik untuk sistem penghadaman.
Menyejukkan badan
Air barli adalah pilihan terbaik untuk diminum ketika panas terik kerana sifatnya yang boleh menyejukkan badan. Boleh diminum ketika suam atau sejuk. Boleh juga tambahkan sedikit perahan lemon/limau dan sedikit gula/madu untuk rasa yang lebih ummpphhhh.
Kesimpulannya, barli dan air barli memang baik untuk kesihatan. Barli juga merupakan salah satu daripada makanan sunah.
Happy Birthday WhiteBarley
Bulan Oktober adalah bulan Blog Whitebarley ditubuhkan. Tahun 2021, genap 8 tahun blog ini. Semoga saya dapat kekalkan blog ini. InsyaAllah. Saya sayang blog saya…❤

Sekian. Wassalam.
Rujukan:
- Khasiat Air Barli Yang Perlu Anda Tahu (rootofscience.com)
- 10 khasiat air barli untuk kesihatan (selongkar10.blogspot.com).