Assalamualaikum.

Makan apa hari ni? Saya ada lebihan kari kambing semalam. Jadi boleh la meroti untuk dimakan bersama kari kambing.

Bread Bowl & Kari Kambin’

Google punya google…nampak pulak gambar bread bowl. Selalunya orang letak mushroom soup, tapi kali ni saya nak tukarkan jadi kari kambing.

Resipi asal agak banyak juga, hampir 1kg tepung roti digunakan. Resipi asal (Bread Bowl Homemade Recipe – sugarspunrun.com). Sebab saya baru nak cuba resipi ni, buat portion sikit dulu. Lebih kurang 1/3 dari resipi asal.

Pandangan secara lebih dekat

Resipi Bread Bowl

Bahan-bahannya:

185 ml air suam (dalam 40°c)

1 1/2 sudu kecil yis

1 1/3 sudu kecil gula halus

1 1/3 sudu besar butter (saya guna salted sebab unsalted tak ada…😅 jadi saya tak tambah garam dalam adunan ini).

317 gm tepung roti (saya modify sedikit untuk tambah sedikit tepung barli)

2 sudu besar bijirin barli yang sudah direbus lembut (saya tambah).

Cara-cara:

Masukkan kesemua bahan ke dalam bread maker. Gunakan function ‘dough’. Masa menguli lebih kurang 25 min.

Setelah bahan diuli menjadi dough, letakkan di bekas dan tutup dengan kain atau penutup bekas. Tunggu lebih kurang 50 min atau adunan menjadi 2x ganda.

Selepas itu, tekan adunan untuk buang angin di dalamnya. Uli sekejap (guna tangan).

Bahagikan adunan menjadi bahagian / bulatan kecil yang beratnya lebih kurang 90 gm. Untuk adunan ini saya dapat dalam 6 – 7 bahagian.

Panaskan oven. Suhu dalam 175°c.

Uli adunan yang telah dibahagikan supaya permukaannya menjadi rata dan licin.

Susun adunan di dalam dulang pembakar. Masukkan ke dalam oven lebih kurang 20 minit atau sehingga masak.

Setelah masak, tunggu sejuk. Kemudian, barulah dipotong bahagian atas roti tersebut. Keluarkan isi roti supaya bentuk roti itu kelihatan seperti mangkuk/bowl. Isi roti jangan dibuang. Sapu butter pada isi roti dan bakar sekejap.

Contoh – Isi roti yang telah dikeluarkan. Sapu butter dan bakar sekejap. Sila abaikan mushroom soup untuk anak mak dalam gambar tu.

Masukkan kari kambing kesukaan anda atau apa-apa kuah yang sedap dimakan bersama roti (mushroom soup, pumpkin soup, etc). Lepas tu, bolehlah menikmati hidangan bread bowl ini.

Saiz roti yang saya buat lebih kurang 10cm (diameter). Saiz mini katanya. Okeylah untuk orang yang berperut kecil…😝 – Sebab kalau makan di kedai, biasanya saiz lebih besar.

Nota: Untuk resipi kari kambing, boleh cari di youtube.

Kari kambing yang dah tinggal kuah.

Selamat Mencuba. Sekian. Terima Kasih.

Related Posts

Leave a Reply