Assalamualaikum…

Lama dah tak update blog…Rindew…

Baru-baru ni tekak teringin nak makan burger. Cari roti burger di kedai berdekatan, tak jumpa la pulak. Jadi Mak buat sendiri.

Resipi asal dari blog handletheheat.com – “How to make burger bun”.

Nak simpan resipi kat sini. Lain kali senang nak refer.

  • 3 sudu besar susu suam
  • 1 cawan air suam
  • 2 1/4 paket yis
  • 1 biji telur
  • 3 cawan tepung roti
  • 1/3 cawan tepung serbaguna
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu unsalted butter

Bahan Hiasan:

  • 1 biji telur & 1 sudu air – untuk sapu di atas bun
  • Bijan
  • Masukkann susu, air, yis, gula & telur ke dalam bread maker (BM)
  • Lepas 5 minit masukkan tepung, garam dan unsalted butter
  • Biarkan BM menguli bun mengikut masa yang ditetapkan (BM pensonic function 11 – dough)
  • Setelah itu keluarkan adunan bun, masukkan ke dalam bekas. Tutup dengan kain. Tunggu dalam 50 – 60 min atau adunan menjadi 2x lebih besar.
  • Keluarkan angin dari adunan. Uli sekejap.
  • Buat bulat2 lebih kurang 60- 65 gm setiap satu.
  • Susun di dalam loyang
  • Biarkan sehingga kembang – 40 ke 50 minit.
  • Sapukan telur dan letak bijan di atas bun.
  • Bakar di suhu 180°c dalam 15 ke 20 min, atau lebih (ikut oven masing2).
  • Setalah masak, sejukkan.
  • Potong bun, letakkan butter, telur yang telah digoreng, sos, mayo dan sayur- sayuran.
  • Sedia untuk di hidangkan.

Nota: nak letak daging burger pun boleh…

Selamat mencuba….

Sekian. Wassalam.

Related Posts

Leave a Reply