Cerita Hobby My Stories

My Mini Garden

Assalamualaikum…

Semenjak PKP ni, rajin pulak nak ‘berkebun’. Tanah yang luas terbentang tu, tak ada lagi…jadi bertanam lah di tempat yang ada.

My cactus…
Tahun 2020 sibuk dengan succulent

Mentang-mentang masa tu ada nursery baru bukak kat Bangi. Rajin le pergi situ. Tiap-tiap minggu rasa nya buat kunjungan hormat…😄. Nak hilangkan stress katanya.

Antara hasilnya
Cactus and succulent

Kat atas tu gambar tahun 2020. Gambar ke 4 tu, yang terkini. Ada sikit2 cactus yang Mak dah tukar.

Segar sikit mata kalau dapat tengok pokok time boring2. Betul tak?

White Orchid and Sunset…😍

Lepas cactus, musim orkid and rose pulak. Secara jujur, bunga feveret Mak adalah orkid. Sebab rupanya macam unik…Ala2 misteri gitewww..

Orkid Kunin…
Purple orchid…

Dulu-dulu macam tak percaya boleh jaga pokok orkid. Alhamdulillah….berjaya juga.

Lampu & bunga-bunga…😀

Ok. Bagi laluan kat Rose pulak…

Kau Mawar Ku…#lagu
Mawar Merah

Tak cukup bunga lagi, kita tambah rose putih pulak…cuma black rose aje tak ada lagi.

Mawar putih untuk Mama 😊

Itu saja cerita tentang cactus dan bunga untuk kali ni.

Penjagaan – Alhamdulillah. Setakat ni, tak susah. Bunga-bunga ni di letak kat tempat teduh. Pagi dan petang kena siram. Cuma cactus aje saya siram 2 atau 3 hari sekali. Kalau nak siram pokok cactus, cuba elakkan dari siram ke daunnya.

Sekarang tengah gigih nak tanam pokok versi yang boleh di makan pulak….Doakan semoga berjaya…aamiin.

Sekian. Wassalam.

3 thoughts on “My Mini Garden”

  1. tu la kan nak ada benda2 hijau seronok mata rest nak tengok
    sekarang ni yang plastik je la ada kat umah
    yang idup ntah taktau bila la nak jadi kenyataan

Leave a Reply