Assalamualaikum. Alhamdulillah. Selesai juga proses untuk vaksin ke 2…

So, lepas ni boleh la merentas negeri…😀

Walaupun agak lambat sebab ramai kawan-kawan dah selesai proses ni, tapi syukur Alhamdulillah, giliran saya tiba juga. Dan dah selesai pun.

Saja nak tepek gambar kat sini buat kenangan. Vaksin ke 2 pada 30 Julai 2021.

Pemandangan dari luar PPV pada 30 Julai 2021

Proses untuk vaksin ke 2 memang laju. Gambar ni masa tengah beratur untuk check in MySejahtera. Duduk di kerusi tu pun tak sampai 5 minit. Lepas tu sudah dipanggil masuk.

Masa yang diambil dari masuk ke dalam bangunan PPV sampai semuanya selesai adalah dalam 30 minit (untuk pengambilan vaksin ke 2).

Ni gambar masa ambik vaksin pertama pada 9 Julai 2021.

Proses pengambilan vaksin pertama dalam 1 jam sebab masa tu ada ramai juga orang.

Proses menunggu.

Memang very well managed. Tak ada bersesak-sesak. Aman-aman saja…

Proses menunggu….

Masa ambik vaksin pertama sempat lah juga nak ambik gambar. Masa vaksin ke 2, tak sempat…huhu

Sebahagian dari proses…

Lepas ambik vaksin kena tunggu sekejap sebelum dibenarkan keluar…

Kesan sampingan: Alhamdulillah, untuk vaksin pertama semuanya berjalan lancar. Tak ada kesan-kesan sampingan. Cuma rasa lenguh sikit kat tangan.

Vaksin ke 2, Alhamdulillah, setakat ini tak ada kesan sampingan yang serious (masa menaip artikel ini ada lah hari ke 2). Cuma lenguh kat tangan dan ada pening2 sikit. Aktiviti harian di rumah boleh berjalan seperti biasa.

Pemandangan semasa menunggu – sebelum masuk ke dalam bangunan / PPV

Nama pun Bangi Golf Resort…kenalah ada pemandangan langit biru dan rumput hijau…#gitew.

Tempat tu cantik…😍

Saya telah di vaksin

Ambik vaksin adalah salah satu usaha untuk melindungi diri dan keluarga. Apa-apa pun SOP mesti dipatuhi. Selebihnya kita berdoa dan bertawakal kepada Allah semoga kita, keluarga, kawan-kawan, jiran tetangga dan semuanya dilindungi dari wabak Covid 19 ini.

Untuk orang Selangor / KL yang belum mendapat appointment untuk vaksin, mulai Ogos 2021, boleh walk in saja ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Moga proses untuk mendapat vaksin lebih cepat dari terus menunggu dan menunggu.

Semoga kehidupan kita kembali normal seperti dulu. Aamiin.

Sekian. Wassalam.

Related Posts

2 thoughts on “Saya Telah Di Vaksin

  1. Ye, saya masa 1st dos pon total masa dalam tu 30 minit je selesai semua,
    tapi yang risau jumlah umatnya yang berlegar di kawasan luar, ramai. hehe

Leave a Reply