Assalamualaikum…
Pinjam siket lirik lagu Ombak Rindu…😊
Sudah masuk hari ke 2 PKPD di tempat saya.
Doa yang baik-baik saja. Harapnya usaha kali ini dapat membantu mengurangkan kadar kes Covid-19.

Yang masih ada kerja, syukur Alhamdulillah. Untuk peniaga-peniaga di luar sana atau mereka yang telah terkesan sejak bermulanya Covid 19 ini, moga segala urusan dipermudahkan.

Jangan lupa perhatikan sekeliling kalau-kalau ada jiran tetangga yang telah menaikkan bendera putih.
Dalam keadaan sekarang, bukan golongan B40 saja yang terkesan. Mungkin ada juga golongan M40 yang turut merasakan keperitannya. Contohnya golongan telah diberhentikan atau terpaksa bercuti tanpa gaji disebabkan syarikat tidak boleh beroperasi.
SME juga merasakan impaknya bila jumlah jualan semakin kurang atau tidak ada langsung kerana tidak dibenarkan beroperasi.
Di Malaysia, SME diklasifikasikan sebagai mikro, kecil atau sederhana mengikut jualan dan bilangan pekerja. Tapi, bila jumlah jualan sudah menurun atau tidak ada langsung dan bilangan pekerja juga sudah kurang, entah bagaimana klasifikasinya nanti.

Jadi, ini lah masanya untuk kita menjadi lebih perihatin dan saling membantu.
Moga Covid-19 ini segera berakhir dan kita dapat kembali kehidupan normal seperti dulu.
Moga Allah mudahkan segala urusan kita. Aamiin. Berusaha, berdoa dan bertawakkal.
“Hanya mampu berserah, moga ada cahaya tiba nanti”.
Sekian. Wassalam.