Cerita My Stories

Kisah Peniaga Kecil

Assalamualaikum

Nampaknya masih belum ada tanda-tanda yang masalah Covid-19 akan selesai dalam masa terdekat. Apa-apa pun saya pasti ramai yang berharap agar masalah Covid-19 ini akan berakhir secepat mungkin.

Bila dilihat pada peniaga-peniaga di luar sana, ramai yang terkesan semenjak Covid-19 ini bermula. Kalau setakat 6 bulan, mungkin masih boleh bertahan. Tapi, kalau sudah lebih setahun, mungkin sudah ramai yang terpaksa ‘gulung tikar’. Lagi kesian kalau mereka ada pekerja kerana jika perniagaan ditutup, pekerja juga hilang pekerjaan. Jadi, secara total nya, berapa ramai orang yang sudah tidak mempunyai pekerjaan?

Ada juga peniaga yang masih mahu mengekalkan pekerja-pekerja mereka walaupun gaji terpaksa di potong. Ya, itu mungkin lebih baik dari memberhentikan terus. Tapi, sampai bila boleh bertahan untuk menanggung kos tersebut bila perniagaan tidak dapat beroperasi?

Kalau dikaji dari segi sektor, hampir semua sektor terlibat. Sektor pelancongan, jangan cerita lah. Hotel, pengangkutan (darat, air & udara), travel agent, taman tema, penjual souvenir, bahkan yang menjual makanan dan minuman pun terlibat. Itu belum lagi yang menjual barang di outlet/kedai di airport atau di shopping complex. Berapa ramai lagi yang masih sanggup meneruskan perniagaan dan menyewa di tempat-tempat tersebut kalau tidak ada pengunjungnya? Bukan saja penyewa, tokey si empunya kedai yang memberi sewa juga hilang pendapatan!

Kedai makan yang dibenarkan beroperasi pun merasakan kesannya. Pernah saya bertanya pada seorang pengusaha restoran, katanya bilangan pengunjung sangat kurang sekarang (walaupun ada pesanan yang dibuat secara online). Lebih jimat jika tak buka kedai/restoran kerana kos operasi lebih tinggi dari jumlah jualan harian. Bukak kedai atau tidak, mungkin ada juga kos pekerja yang masih perlu ditanggung. Contohnya gaji tukang masak utama. Kalau lari tukang masak utama, susah juga nanti kalau restoran itu sudah boleh beroperasi sepenuhnya (i.e when the situation permits). Kedai mamak pun sama. Kalau dulu orang lepak kedai mamak order roti canai panas dengan teh tarik. Lepas duduk bersembang sejam, order pulak mee goreng. Sekarang? Tak semua orang suka roti canai bungkus dan dah sejuk bila dimakan. Secara umumnya, jualan mamak juga terjejas. Kalau ditanya pada pengusaha catering, lagi lah kesian. Siapa yang boleh buat majlis di waktu begini?

Mee Bandung Udang – Sekadar gambar hiasan

Perniagaan yang berkaitan dengan sekolah juga sama. Kalau anak-anak tak pergi sekolah, kuranglah permintaan untuk uniform sekolah atau uniform untuk aktiviti-aktiviti yang lain. Begitu juga dengan peniaga-peniaga barang keperluan sekolah yang lain seperti alat tulis (kedai stationery), jual cenderahati untuk sekolah dan lain-lain. Mak Cik dan Pak Cik kantin apa cerita? Sama juga, tak boleh berniaga. Bukan saja mereka, supplier yang membekalkan bahan kepada mereka juga terjejas. Orang kampung Mak kata ‘it has involved many businesses in the same supply chain’. Itu belum lagi kesan kepada pengusaha pengangkutan anak-anak ke sekolah (bas, van dan yang sewaktu dengannya).

Cerita di atas hanyalah sebilangan kecil contoh perniagaan yang terkesan. Saya percaya, ada banyak lagi perniagaan yang terlibat. Harap-harap tidaklah sampai menyebabkan kes kemurungan yang membawa kesan yang lebih buruk.

Tapi saya juga yakin MCO/PKP dan lockdown ada sebabnya. Mungkin perlaksanaannya di masa hadapan harus memberikan kesan yang lebih baik untuk menurunkan jumlah kes. Lebih cepat selesai masalah Covid-19 ni, lebih bagus.

Apa-apa pun semoga Covid-19 ini akan segera berakhir. Semoga proses untuk mendapat vaksin bagi semua rakyat Malaysia dicepatkan.

Moga kehidupan kita kembali seperti dulu. Kesian para peniaga yang memang sudah lama terkesan. Kesian juga pada para frontliners jika jumlah kes masih tak turun-turun. Kesian dekat kita sebab tak dapat balik kampung 🙁

Untuk masa sekarang, buatlah apa yang termampu. Support lah peniaga-peniaga kecil di luar sana. Jangan lupa juga untuk patuhi SOP. Ekonomi atau perniagaan memang penting, tapi nyawa juga penting.

Semoga Allah melindungi dan memudahkan segala urusan kita semua. Aamiin.

Sekian. Wassalam.

2 thoughts on “Kisah Peniaga Kecil”

  1. ish.. tengok roti puri tu teringat pulak lempeng best kat Pondok Santapan, Larkin..
    saya dan ciktom suka sarapan situ kalau hujung minggu walaupun jauh dari Gelang Patah..

    1. Dah lama tak balik Johor. Boleh cuba lempeng ni. Tapi tak biasa sangat area makan2 JB. Kalau cari makan biasanya kacang pool atau mee rebus aje.

Leave a Reply