Assalamualaikum.

Lockdown sudah masuk hari ke 6. Harapnya usaha dan ikhtiar ini dapat memberikan hasil yang baik untuk membendung kenaikan kes covid.

Kalau tak ada apa-apa hal, baik duduk di rumah diam-diam saja.

Moga masalah covid 19 ni segera berakhir.

Apa kena mengena Lockdown dengan Abang pulak. Abang siapa tu? Tak ada “Abang” sesiapa sebenarnya. Tu jenama ‘Brother’ mesin jahit…😁

Lama dah tak menjahit. Jadi, waktu cuti 3 hari ni Mak nak luangkan masa dengan mesin ni. Last guna bulan 12 tahun lepas.

Nak guna balik tadi pun kena baca manual & tengok youtube segala…huhu. Mesin canggih katanya…

Godek punya godek…dapat jugalah buat satu beg. Alhamdulillah.

Reversible Tote Beg namanya

Dulu-dulu rajin jugak buat beg ni dan jual. Sekarang Mak bih-zee…Tak sempat nak menjahit…😅

Menjahit ni best sebenarnya. Lagi best kalau hasilnya memuaskan. Tapi kalau hasilnya tak menjadi, kau kawanlah dengan sejenis alat yang dipanggil ‘penetas jahitan’. Lepas tetas…jahit la balik. Aduhaiii…..

Ok. Tu lah aktiviti Mak di hari cuti yang ceria ni. Semoga Allah berikan kemudahan ke atas apa juga urusan kita. Aamiin.

Semoga diberikan kelapangan masa. Bolehlah menjahit semula. Ni pun kena belajar balik sebab dah lama tak menjahit.

Sekian. Wasaalam.

Nota: Artikel ini tidak ditaja oleh syarikat mesin jahit Brother… 😁

Related Posts

3 thoughts on “Abang dan Lockdown 2021

  1. Very nice post. I just stumbled upon your blog and wanted to say that I’ve really enjoyed browsing your blog posts. In any case I’ll be subscribing to your feed and I hope you write again soon!

Leave a Reply