Assalamualaikum.
Semalam saya mencuba resipi ini. Sila rujuk di blog azlita masam manis (norazlitaaziz.blogspot.com) untuk resipi.
Dah lama nak buat mi siam berkuah ni, tapi tak berkesempatan. Semalam cuba masak untuk juadah berbuka puasa. Ok atau tak ok…Kira ok lah kan. Dah selamat di makan semasa berbuka puasa. Cuma saya pekatkan lagi kuah…untuk lebih umpphh…(katanya).

Masa susun pun Azan Maghrib sudah berkumadang. So, tak ada deko2 kat mi tu. Taugeh pun saya tak letak.
Sebelum makan, ambik ler satu- dua gambar. Lepas tu…ngapp.

Mi Siam berkuah ni sebenarnya sejenis makanan baba & nyonya. Ia adalah me hoon/siam goreng biasa yang dimakan bersama kuah khas.
Boleh rujuk resipi di blog yang saya tulis di atas atau boleh google saja untuk resipinya. Apa yang menarik tentang kuahnya adalah kerana ia dimasak bersama taucho. Di tambah pula dengan kacang (tanah) tumbuk untuk rasa lebih lemak dan untuk pekatkan sikit kuah.
Nak masak pun tak susah dan tak ambil masa yang begitu lama.
Saja nak tepek kat blog, sebab 1st time masak…
Senang-senang nanti boleh buat lagi. Sekian. Wassalam.
blogwalking di petang selasa. salam ramdhan buat semua rakan blogger.
Salam Ramadhan…
Selamat berpuasa & selamat hari raya yang akan tiba beberapa hari lagi.