Assalamualaikum
Minggu lepas, kerajaan telah memgumumkan bahawa sesi persekolahan akan bermula 1 Mac 2021.
Dan hari ini…pasti Mak Ayah sudah mula sibuk membuat persiapan untuk anak-anak. Maklumlah sudah lama duduk di rumah. Anak-anak pun sudah semakin membesar. Anak bungsu saya pun sudah lebih tinggi daripada saya sekarang…huhu. Semalam, saya cuba ke kedai pakaian sekolah untuk membeli baju sekolah anak. Tapi penuh.

Pasti permintaan untuk pakaian sekolah menjadi tinggi. Saya juga yakin, permintaan untuk barangan peralatan sekolah juga meningkat.
Pada yang terlibat dalam urusan/ business pengangkutan anak-anak ke sekolah, juga mungkin sudah boleh menarik nafas lega.
Begitu juga dengan pengusaha kantin sekolah, pembekal makanan ke sekolah atau apa-apa perniagaan yang sewaktu dengannya (related business / supply chain). Moga dengan bermulanya sesi persekolahan, dapatlah membantu memulihkan dan memajukan lagi perniagaan. Lebih baik lagi, jika ini juga boleh membuka peluang pekerjaan.
Cuma yang saya masih bimbang adalah jumlah kes yang masih tinggi terutamanya di negeri-negeri tertentu. Harapnya, anak-anak semua dan pihak sekolah juga dapat mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan. Mak masih risau dan bimbang.
Moga dengan adanya perkembangan terkini tentang vaksin, dapat memberikan harapan yang lebih cerah untuk kita semua. Cepatlah keadaan pulih seperti sediakala. Kalau boleh, lebih baik daripada sebelum ini. InsyaAllah. Aamiin.
Apa pun, moga Allah melindungi kita semua dan semoga segala urusan kita dipermudahkan. Aamiin Ya Allah.
Sekian. Wassalam.
Good luck!