Cerita | Family

1 Februari 2021

2021-02-01

Assalamualaikum.

Pejam celik. Pejam celik. Dah masuk bulan ke 2 tahun 2021.

1 Februari adalah Hari Wilayah. Jadi Mak cuti hari ni.

Buat apa hari ni?

Mak mulakan hari dengan senyuman dan sarapan. Minum kopi dulu ☕😍

Lepas sarapan…Mak tengok pokok-pokok depan rumah. Sambil di temani oleh kucing hitam kesayangan. Logan namanya.

Pokok bidara depan rumah
Logan – Lembaga hitam depan rumah 😀

Lepas tengok pokok2 Mak pastikan anak dah bersiap sedia masuk kelas (online).

Sambil-sambil tu, Mak lap rumah. Ada kawan promote hari tu. #terjebakjuga. Semenjak ada “kain kayangan” ni, kenalah lebih rajin mengemas. Baru lah berbaloi baloi…huhu

Ada 3 jenis kain. Dari lap muka, sampailah lap cermin tingkap. Ada kain lap nya.

Lepas tu Mak masak untuk lunch. Kambin’ perap aje. Bersama aksesori2 nya.

Kambing perap 🐐 & aksesori ðŸĨ”ðŸĨĶðŸĨ•

Lepas zohor, bukak notebook kejap. Buat kerja siket (katanya…). Lepas tu buat2 busy check and hantar email.

Petang Mak masak untuk dinner. Sorry. Tak ada gambar.

Lepas dinner, Mak tolong si kecik buat homework. Mencabar juga bila kena buat homework Bahasa Arab…sebab kecik2 dulu Mak sibuk belajar bahasa perancis…ðŸĪŠ

Dengan Mak dia sekali kena belajar. Nasib baik ada youtube 😊

Ok. Tu aje nak update.

Semoga wabak Covid-19 segera berlalu dan bawa sekali segala masalah yang berkaitan dengannya. Semoga kehidupan kita kembali normal, malah lebih baik daripada sebelumnya. Dan semoga Allah mudahkan segala urusan kita semua. Aamiin..aamin Ya Allah.

Good Nite & Assalamualaikum 🌛ðŸ˜ī

Leave a Reply