Hobby

Cactus & Succulents

Assalamualaikum.

Weekend minggu ni di warnai dengan bunga-bunga cactus.

Masa jalan-jalan dengan Mr Hubby semalam, nampak ada kedai bunga baru buka di Bangi. Jadi Mak pun singgahlah. Banyak jugaklah hasilnya.

Sebab dah banyak pokok beli, teringin pulak nak susun-susun. Gambar kat atas tu lah hasil kejadiannya. Cuma tak ada banyak pilihan warna. Harap-harap kalau pergi lagi lepas ni, dapat pokok kaktus yang warna lain pulak.

Dah pokok tak dapat yang warna warni, Mak adjust warna pasu pulak. Biar nampak ‘ada warna’ siket.

Tapi batu-batu kecik yang ada dalam gambar tu, Mak beli kat kedai sebelah. Bukan kat kedai yang baru tu. Sebab kat kedai sebelah dia tu ada banyak lagi pilihan batu.

Ni first time buat sendiri. Banyak jugak lah kelopak daun kaktus yang ‘terkorban’….huhu. Berkali-kali percubaan. Boleh kira jadi jugak lah kan… hahah.

Moga pokok tu panjang umurnya.

Mari menyusun kaktus…(bukan seroja…huhu)

Best jugak tanam pokok ni kan. Tengok benda hijau. Boleh jadi terapi.

Ok. Tu aje nak update. Semoga Allah mudahkan urusan kita semua. Aamiin.

Sekian. Wassalam.

1 thought on “Cactus & Succulents”

  1. gambar – gambarnya asyikkk…
    haha teringat masa pkpp jiran sebelah beli online kaktus ni tapi kebetulan masa order sampai dia balik kg.

    bila bukak bungkusan, terkekek2 ketawa saya dan Ciktom.. sorry la kalau jiran terbaca komen ni

Leave a Reply