11 November 2020




Assalamualaikum

11.11…cantik tarikh hari ni. Mungkin sebab itu ada banyak tawaran untuk bershopping.

Mana-mana yang ada kuasa membeli, Alhamdulillah. Ambillah peluang untuk bershopping sementara tawaran masih ada 😆

Kalau ada duit lebih, jom membeli. Jom support peniaga-peniaga terutamanya golongan SME. Kerana mereka juga menyumbang pada peluang pekerjaan, ekonomi negara dan juga cukai/zakat.

Tak kisah lah beli makanan, pakaian, peralatan elektrik mampu milik atau apa saja.

Support juga mereka yang baru mulakan perniaggan di musim covid ni. Siapa tahu mereka mungkin baru diberhentikan kerja dan terpaksa berniaga demi meneruskan kehidupan…😔

Nak beli, beli lah juga. Tapi jangan lupa buat simpanan. Tak tau lah masalah covid ni sampai bila. Harap-harap adalah jalan penyelesaiannya nanti. In shaa Allah. Aamiin.

Bila tengok di luar sana, ramainya orang yang dalam kesusahan – di instagram, FB dan segala media sosial. Syukur jika masih ada pekerjaan dan gaji. Syukur jika masih mampu untuk membeli makanan untuk keluarga.

Apa yang best sekarang… semua ahli keluarga sudah dapat berkumpul. Sabtu malam Ahad yang lepas, memang sibuk jugak melengkapkan dokumen untuk merentas negeri. (Thanks Auntie Mar dan Abam Pulis). Alhamdulillah, semuanya selesai. Anakanda pun dah selamat pulang ke rumah…🥰

Kerja…

Work From Home?…Ya. Dah tak mengira hari dah. Untuk tahun ni, rasanya bulan Januari, Februari dan September yang betul-betul kena kerja kat Office. Bulan yang lain, kebanyakan hari wfh.

Saja nak tulis kat sini untuk kenangan. Bila baca artikel ni 2 atau 3 tahun lagi (kalau masih ada umur), dapat juga mengingati apa yang telah kita lalui di tahun 2020.

Apa? Tahun 2020? Mana kereta terbang? …huhu kereta terbang tak ada Encik

Kredit : coretananuar.com

Tak ada kereta terbang tak apa lagi. Tapi sekurang-kurangnya adalah bekalan air. Betul tak?…Kesian pulak tengok kawan-kawan yang rumahnya terputus bekalan air.

Tak settle masalah covid, masalah air lah pulak…uhh, sabo aje.

Apa-apa pun, semoga segala urusan kita dipermudahkan. Aamiin.

Sekian. Wassalam.

Leave a Reply

Related Post