Stay Home and Stay Safe




Assalamualaikum.

Petang tadi telah diumumkan tentang PKPB di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya bermula 14 Oktober 2020. Nampaknya kita masih belum menang…😢

Kalau tak ada keperluan, tak perlulah keluar rumah. Kalau nak membeli barang pun, tak perlu lah panic. Beli lah secara berhemah.

In shaa Allah ada lagi barang tu. Tak cukup yang ada di kedai, kita beli online.

Kepada peniaga-peniaga kecil atau besar yang baru nak berniaga atau perniagaan baru nak pulih, moga dimudahkan segala urusan. Mana-mana yang berkemampuan, jom kita ramai-ramai membeli dan support peniaga-peniaga kecil / SME.

Siapa yang kena kerja di rumah (WFH), semoga line internet berjalan dengan lancar. Yang kena kerja di pejabat atau di mana saja, semoga sentiasa dilindungi. Untuk frontliners, stay strong.

Bagi yang telah merancang majlis (kenduri, pertunangan, perkahwinan atau apa saja)…Bertabahlah.

Jangan lupa anak-anak di rumah yang perlu dipantau. Bising la mulut Mak2 lepas ni kalau anak seharian tengok tv atau main game…huhu. Belum lagi aktiviti memasak…Kalau Mak2 yang tak sempat masak tu, jangan risau, food panda atau grab ada. In shaa Allah. Boleh membantu menyediakan makanan dengan cepat 😍…disamping kita juga memberi sumbangan/pendapatan pada adik-adik ni.

…dan pesanan yang paling penting, jaga kebersihan. Nak lagi best, boleh la guna scrub mandian Neem atau Bidara Whitebarley…Mesti rasa lebih segar…#tirumacamsaya

Ok. Tu aje nak cerita. Sekian. Wassalam.

#rakyatjagarakyat #stayhome #staysafe

Leave a Reply

Related Post