Cerita Product Review

Kek Lapis Sarawak

Assalamuaikum…

Semalam semasa berjalan-jalan di Bangi, ternampak pulak ada kedai baru bukak. Kedai kek lapis…

Nama kedai: Kek Lapis Mama Su. Kedai ni menjual kek lapis Sarawak. Adik kat kedai tu kata, kedai tu baru dibuka 3 hari lepas. Mereka ada di 2 tempat. Di Kuching dan yang baru, di Bangi.

Kalau tengok kek-kek tu memang cantik-cantik. Warna-warni. Macam-macam jenis dan nama ada.

Walau nama dia kek belacan, rasa coklat ok

Kreatif juga towkey kedai bagi nama pada kek-kek tu.

Si Baju Hijau…

Yang kat atas tu Kek Lapis ATM. Kek Lapis Polis, Bomba, KKM dan macam-macam lagi ada. Cuma tak sempat ambik gambar aje. Bila saya tanya pada Adik yang jaga kedai, kenapa nama dia macam tu? , dia kata sebab nak sesuaikan dengan keadaan covid sekarang. Mungkin penghormatan untuk frontliners.

Cantik dan tersusun rapi

Ada macam-macam jenis.

Yang ni tak sempat nak test2 rasa

Kalau nak cuba rasa, memang ada tempat khas yang disediakan. Kalau dah nak abis kat maja tu, cepat aje Adik jaga kedai tolong potongkan kek yang baru ☺

Di ruangan cuba rasa. Macam-macam ada.

Ok. Tu aje nak update.

Kek sedap. Macam-macam jenis ada. Layanan Adik-adik di kedai pun mesra pelanggan. So, boleh cuba test try.

Sekian. Wassalam.

1 thought on “Kek Lapis Sarawak”

Leave a Reply