Cerita

Kak, Ada Lagi Keretapi ke Tampin?

Suatu hari, ketika saya menunggu tren di Bandar Tasik Selatan.

Jam menunjukkan pukul 7.50 p.m. Tren ke Tampin baru saja berlalu. “Alamak. Terlepas tren pulak” bisik hati saya.

Tiba-tiba saya disapa oleh seorang anak muda. Dari pengamatan, umurnya lebih kurang umur anak saya. Atau mungkin tua sedikit.

“Kak (ingat nak panggil Makcik 😅), ada lagi ke keretapi pergi ke Tampin?. Tadi saya pergi solat. Terlepas tren pulak”.

Berbagai-bagai jawapan bermain di minda…Apa nak jawab ya…

Jawapan 1: “Ingat I kerja kat kaunter tiket ke? Mana I tau!”

Jawapan 2: “Adik tengok jadual keretapi ni. Sambil menujukkan jadual perjalanan tren. Pandai- pandai lah tengok. Ada tren lagi ke tidak. Akak nak sambung layan tik tok ni”.

Jawapan 3: Sambil melihat jadual tren yang dimuat turun di handphone. “Tren ke Tampin dah tak ada Dik. Yang tadi tu paling last untuk hari ni. Cuba naik tren ke Seremban. Lepas tu cari lah bas atau grab untuk ke Tampin”

“Saya tak cukup duit nak naik bas dari Seremban ke Tampin, Kak. “Duit” cuma ada dalam ni” sambil menunjukkan kad pre-paid komuter”

Hih…betul ke budak ni…🤔. Tapi bila di tengok, kesian pulak. Bayangkan itu anak atau adik kita. Mesti dia sedang risau sebab terlepas tren. Mak bapak di rumah pun mungkin risau menunggu anak balik.

Kalau naik bas dari sini berapa tambangnya?” Saya bertanya. Dah alang-alang berada dekat dengan Terminal Bandar Tasik Selatan, baik naik bas saja. Mungkin masih ada tiketnya. Fikir saya.

“RM15 Kak”

“Nah ambik ni. Yang lebih tu buat pergi beli air. Cepat sikit. Dah malam ni”

“Tak payah la Kak”

“Tak apa lah. Ambil saja. Dah malam. Nanti balik lambat pulak”.

” Terima kasih Kak”. Dia pun berlalu pergi.

………………

Itu hanya secebis kisah kehidupan. Sekadar untuk bercerita. Bukanlah kerana acah-acah baik. Bukan juga kerana rasa simpati yang begitu menebal. Tapi sebab dia memanggil saya KAKAK 😝.

Nasib baik hari dah malam. Kedai pun dah tutup. Kalau tak, bukan aje air. Ayam goreng pun KAKAK boleh belanja….😆😆😆

Sekian. Wassalam.

5 thoughts on “Kak, Ada Lagi Keretapi ke Tampin?”

Leave a Reply