Assalamualaikum
Alhamdulillah. Minggu ni berkesempatan ke Mersing lagi atas urusan keluarga. Sambil-sambil tu, boleh juga berjalan-jalan makan angin walaupun sekejap.
Pagi tadi sempat ke Jeti Penyabong yang berada di kasawan Endau / Mersing. Sesekali memang bagus jugak kalau dapat merehatkan minda dan melancong di dalam negara 😀.

Tempat ini terletak di Penyabong, Endau. Boleh ke sini melalui highway. Exit Air Hitam. Lalu Kluang, Mersing dan terus ke Penyabong. Lautnya cantik. Biru kehijauan gitu.
Ada tempat makan di situ. Saya sekeluarga bersarapan di sini pagi tadi. Ada nasi lemak, mee goreng, ayam goreng dan macam-macam lagi. Rasa pun sedap. Tapi tak sempat nak ambik gambar makanan sebab dah selamat kena ngap…huhu

Sebenarnya industri pelancongan adalah antara sektor yang paling terkesan dengan covid 19. Bila berbicara tantang pelancongan, bukanlah hanya melibatkan industri perhotelan saja kerana ada banyak cabang perniagaan lain yang turut merasakan impaknya.

Antara industri yang juga terjejas adalah pengangkutan, tidak kiralah sama ada pengangkutan darat, udara atau laut. Selain daripada itu, industri yang turut sama merasakan kesan negatif adalah F&B (restoran, gerai makan dan yang berkaitan dengannya), kedai-kedai runcit dan cendera hati, agensi pelancongan, perniagaan yang berkaitan dengan taman tema dan mungkin ada banyak lagi.

Jika ada kesempatan, support lah perniagaan-perniagan ini. Mereka perlukan sokongan untuk memulihkan kembali perniagaan. Lebih-lebih lagi kalau perniagaan ini ada pekerja. Jangan sampai pekerja mereka ini hilang pekerjaan pula…😞

Jadi tunggu apa lagi. Jom lah berjalan-jalan makan angin…🏖

Sekian. Wassalam.