Khasiat Halba




Assalamualaikum

Apakah khasiat yang ada pada halba?

Halba atau fenugreek yang berbentuk butiran kecil berwarna coklat banyak digunakan sebagai bahan masakan. Halba yang sudah disangai dapat memberikan aroma yang enak dalam masakan.

Nasi Dagang versi Kak Fiffy…😊

Selain masakan, halba digunakan dalam ramuan jamu di Indonesia. Halba juga digunakan dalam terapi Ayurveda dan juga dalam sistem perubatan di China dan negara Arab.

Di sesetengah tempat pula, biji halba ke dalam teh, untuk dijadikan sebagai minuman musim sejuk. Selain daripada teh, halba juga boleh dicampurkan ke dalam kopi untuk menjadikannya sebagai minuman yang berkhasiat.

Sebenarnya ada banyak lagi khasiat halba yang diamalkan oleh nenek moyang kita. Halba dipercayai dapat melancarkan haid, melegakan sakit kepala, membuang angin, melegakan senggugut, menambah air susu ibu (bagi ibu-ibu yang menyusukan baby), mengurangkan berat badan serta mengawal kencing manis.

Sekian. Wassalam.

rujukan : herba4u.com

Leave a Reply

Related Post