Start your day with coffee…
Ada orang suka minum kopi waktu pagi. Ada yang suka minum waktu petang. Ada yang minum kopi bila-bila yang dia suka. Apa yang penting, kita minum dulu…..huhu
Apakah kebaikan minum kopi?
Kopi bukan saja dapat membantu kekal berjaga, ianya mampu untuk membuat kita kekal fokus. Kafien adalah perangsang psikoaktif yang boleh meningkatkan kesedaran, keupayaan memberi tumpuan dan meningkatkan tenaga.

Untuk meningkatkan emosi yang lebih baik, cubalah minum kopi. Ada kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan kafein secara berulang dalam kadar 75mg (bersamaan dengan 1 cawan kopi), dapat memberikan kesan pada emosi yang lebih baik. Selain daripada itu, ada yang mengatakan kafien boleh membantu mengurangkan simptom kemurungan.
Kafein juga merupakan salah satu bahan yang mempunyai bukti kukuh dalam membantu pembakaran lemak. Ada beberapa kajian yang mendapati kafein boleh meningkatkan kadar metabolisma badan sebanyak 3% – 11%.

Kopi bukanlah biji hitam biasa-biasa. Biji kopi mengandungi beberapa nutrisi untuk kesihatan umum. Antara yang terdapat dalam secawan kopi adalah vitamin B2, vitamin B5, potasium, magnesium dan niacin (B3). Walaupun kandungannya tidak banyak tapi mampu untuk membantu mencukupkan keperluan harian apabila ditambah dengan diet sihat.
So apa lagi, JOM MINUM KOPI
Sekian. Wassalam
Baru tau kopi ni ada juga vitamin. Jadi boleh la minum selalu. Kan
Saya mmg penggemar kopi.. semua kopi boleh hehee
Ena addict dengan kopi smpai masa preggy nurse suruh stop. Haha. Nasib baik ank ok je. Janji kena kawal jela 1hari segelas je