Kalau diminta pilih antara bunga rose dan bunga lawang awak pilih yang mana?
Kalau saya, nak kedua-duanya 🙂
Selain daripada digunakan sebagai bahan masakan, bunga lawang juga digunakan sebagai ‘ubat’ kerana khasiatnya yang banyak. Rempah ini mengandungi zat besi, vitamin c, kalsium, kalium dan juga megnesium. Jumlah kalori dalam bunga lawang juga rendah (1 sudu makan bunga lawang hanya mengandungi 23 kalori).
Dalam kaedah perubatan tradisional di China dan Turki, bunga lawang digunakan untuk mengatasi masalah pencernaan. Ada kajian yang menyatakan bunga lawang mempunyai sifat penenang dan membantu untuk tidur lebih nyenyak. Amalan meminum teh herbal bunga lawang juga dapat mengatasi masalah sukar tidur.

Kandungan anti-oksidan yang tinggi seperti vitamin A dan C dalam bunga lawang dapat membantu menjadi ‘perisai’ tubuh badan daripada radikal bebas yang menyababkan penyakit. Sebatian organik dikenali sebagai anethol di dalam bunga lawang boleh melancarkan peredaran darah dan menyimbangkan kadar gula dalam darah.
Sekian. Wassalam.
rujukan: lifestyle.komps.com, cairofood.id
Banyak khasiat juga bunga lawang ni bukan sekadar penyedap masakan je
Saya mula tahu bunga lawang ni pada asalnya ttg ukiran konsep bunga2an pada rumah2 melayu lama. Ingatkan ia nama design ukiran sahaja, Bila dah kawin baru tau rupanya betul2 sejenis tumbuhan utk masakan haha.. tau makan je sblum tu 😀