Travel

Apa Ada Dengan Mersing

Assalamualaikum.

Dah lama tak update blog.

Hari ni Akak nak cerita pasal Mersing. Baru-baru ni Alhamdulillah, dapat jejak kaki ke Mesing lagi. Ini adalah perjalanan ke 2 merentas negeri selepas PKP.

Pantai di Mesring yang cantik dan bersih.

Sebenarnya, sebelum ada urusan keluarga di Mersing (sebelum 2019), memang tak pernah jejak kaki pun ke sini. Dulu-dulu, ada sekolah buat lawatan ke Pantai Air Papan, Mersing. Tapi tak ada rezeki nak pergi. So, kali pertama Akak ke Mersing adalah pada Januari 2019.

Senja – Pantai Mersing

Mula-mula pergi dulu, seriau jugak. Siap guna waze lagi nak ikut jalan mana. Ikut jalan Kota Tinggi atau ikut Air Hitam -Kluang. Akhirnya ikut jalan Air Hitam – Kluang sebab perjalannya lebih dekat berbanding dengan ikut Kota Tinggi.

Pemandangan Indah. Perjalanan ke Tanjung Resang

Bila sampai di tempat penginapan, adik kat receptionist tanya? Dari mana Kak? Ikut jalan mana tadi?

Jalan yang kami lalu sebelum sampai ke Mersing – Felda Nitar

Akak dengan muka yang masih seriau, konon2 baru keluar hutan pun bercerita. Dari jalan Highway jumpa Bandar Kluang. Lepas tu lalu Kahang, lepas tu jumpa jalan yang ada hutan di kiri dan kanan, lepas tu termasuk pulak jalan yang ada kilang kelapa sawit, patah balik, lepas tu jumpa Felda…bla..bla..

Adik tu tengok aje Akak atas bawah. Mesti dalam hati dia kata “Akak ni budget2 urban”. Tengok IC…..01 aja powwnn…sama aja macam dia. Hahaha..

Pantai Teluk Gorek, Mersing

Pertama kali pergi Mak dah suka. Pernah juga cakap kat suami “jom duduk Mersing”…hehe. Dekat sikit nak melawat Abah…😊.

Aman..tenang..damai…

Pemandangan Bandar Mersing…

Tenang2 saja

Apa2 pun, Mersing ni cantik sangat. Tenang dan aman. Cuma satu aja yang ‘kureng’. Internet kat sana laju jugak…huhu.

Cuba kat sana tak ada internet access. Buat macam zaman dulu-dulu. Hidup mungkin lebih mendamaikan…..Betul ke???.😃

Wallahu’alam.

Sekian. Wassalam.

9 thoughts on “Apa Ada Dengan Mersing”

      1. kalau balik Terengganu, memang lalu dan singgah kejap kat pekan. teringin juga nak bercuti kat sana tunggu baby besar sikitlah..

  1. It’s really great. Thank you for providing a quality article. There is something you might be interested in. Do you know baccarat online ? If you have more questions, please come to my site and check it out!

Leave a Reply