Norma Baru




Alhamdulillah. Keadaan nampaknya semakin pulih. Semoga bertambah-tambah baiklah hendaknya selepas ini.

Perjalanan rentas negeri juga sudah dibenarkan. Bolehlah pulang ke kampung lepas ni.

Dah boleh keluar rumah, bolehlah ambik gambar kat tempat jauh siket. Kalau tak, jarang kaki jejak tanah…(Nota: Akak bukan kluster Kayangan)

Lama dah tak ambik gambar kat sini. Sabtu, 6 Jun 2020.

Hotel-hotel di tempat pelancongan nampaknya sudah ada yang ditempah. Moga industri pelancongan dan yang sewaktu dengannya bertambah pulih. Begitu juga dengan sektor-sektor yang lain. Harapnya ekonomi bertambah baik dan tidak ada yang hilang pekerjaan atau sumber pendapatan. Aamiin.

Anak -anak mungkin akan kembali ke sekolah tidak lama lagi. Mama risau? Pastinya…

Selepas hampir 3 bulan duduk di rumah, mesti rasa sunyi juga bila ada yang sudah balik ke asrama. Untuk anak yang bersekolah harian, pastinya risau jika anak tidak dapat mematuhi peraturan-peraturan baru.

Itu belum lagi test uniform sekolah. Harapnya masih boleh dipakai dengan selesa dan tidak ketat…😀

Keadaan juga sudah berubah. Kalau ke mana-mana…Ingat. Jaga jarak. Harus sentiasa patuh pada SOP. Tahap kebersihan juga harus dipertingkatkan.

Face mask kini menjadi bahan keperluan. Kena lebih rajin-rajin cuci tangan. Hand sanitizer pun kena sentiasa ada dalam beg.

Salah satu tempat shopping orang Bangi

Nak pergi shopping pun tak boleh la ke tempat yang sesak. Kalau ada barang yang boleh dibeli secara online, beli sajalah. Lebih senang rasanya.

Begitu juga kalau naik kenderaan awam. Jarak antara penumpang dan peraturan juga harus dipatuhi.

Banyak perkara sudah berubah. Cara yang dulu, bukanlah yang sekarang. Maka kita juga harus sesuaikan diri dengan ‘the new normal’ ini.

Untuk pasukan frontliner…terima kasih banyak2. You are the best!

Semoga segala urusan kita dipermudahkan. Semoga masalah covid-19 ini juga akan berakhir. In shaa Allah. Aamiin.

Sekian. Wassalam.

5 thought on “Norma Baru”

  1. padin says:

    hehe kak dah kira ke berapa belanja online masa pkp?

    1. Fidah Shah says:

      Jangan ditanya….#ngeri
      Rasa macam air paip aje keluar duit..huhu

  2. khirkhalid says:

    Bila dah mula boleh keluar ni kdg2 rindu juga time PKP, lebih2 lagi masa2 tiada apa2 kerja urgent nak di buat. Syok pula bermalas2an kat rumah hehe. Apa pun semoga keadaan terus pulih sepenuhnya… aamiin. Stay safe 🙂

  3. Dunia Zumal says:

    Semoga segalanya bertambah baik lepas ni

  4. anies says:

    jujurnya kita x boleh nk happy sgt…bimbang gelombang kedua…

Leave a Reply

Related Post