Don’t Drink and Drive




Assalamualaikum.

Dah lama kempen ni. Tapi tak berapa berkesan. Malah semakin menjadi-jadi pulak kes pemandu mabuk yang membunuh.

Sampai bila lah kes sebegini akan berterusan?Harapnya pihak berwajib akan mengambil tindakan yang lebih tegas.

Tidak ada rasa kasihan kah…., elok-elok pergi bekerja, tapi tak balik ke rumah sampai bila-bila. Pergi mencari nafkah untuk keluarga, tapi berakhir dengan cerita sedih.

Kalau nak mabuk sangat, tolonglah janganlah memandu ketika mabuk. Janganlah dianiaya penunggang-penunggang motosikal, pemandu kenderaan ringan atau siapa juga.

Kalau nak mabuk sekali pun, tolong lah langgar benda lain. Langgar pokok ke, langgar batu besar ke, terjun sungai ke atau apa saja. Asalkan tidak menyusahkan atau membunuh orang.

Semoga kes sebegini tidak berlaku lagi. Moga kita, ahli keluarga dan sahabat-sahabat semua sentiasa dilindungi dan dijauhkan dari perkara-perkara buruk. Aamiin.

Salam Takziah dan Al Fatihah (dibaca) untuk keluarga mangsa.

Sekian. Wassalam.

3 thought on “Don’t Drink and Drive”

  1. Padin says:

    kan…. yang mabuk dan melanggar tu xde pulak matinya… huhuuu
    orang lain pulak yang terima padah

  2. Hans says:

    xsabar nak tunggu undang2 pasa mabuk ni digubal

  3. khirkhalid says:

    Isu memandu mabuk ni sepatutnya disepakati semua utk bagi hukuman paling maksimum sbb mmg terang2 memudaratkan, lagilah bila melibatkan kematian… kira membunuh tu, sama ada dengan niat atau tanpa niat, tetap dikira membunuh.

Leave a Reply

Related Post