Assalamualaikum.
Lama dah tak cerita pasal kopi. Bagi penggemar kopi, pastinya tak lengkap sarapan kalau tak ada kopi. Betul tak?
Sebenarnya kopi ada berbagai jenis. Antara yang paling popular adalah Arabica dan Robusta.

Tau tak apa perbezaan antara biji kopi Arabica dan Robusta?
Biji kopi Arabica mempunyai bentuk bujur memanjang manakala robusta biasanya lebih kecil dan mempunyai bentuk lebih bulat.

Ini adalah rupa bentuk biji kopi Arabica. Arabica merupakan sejenis kopi yang diperbuat daripada benih pokok Coffea Arabica. Ianya harus ditanam di kawasan tanah tinggi dengan suhu antara 16 hingga 20 darjah celsius.
Kopi Robusta atau Coffea Canephora boleh ditanam dikawasan tanah rendah dan boleh berbuah pada suhu yang lebih panas.

Kandungan kafein yang terdapat pada kopi Arabica adalah lebih rendah berbanding dengan kopi Robusta. Jadi, siapa yang nak berjaga di malam hari bolehlah cuba kopi Robusta 🙂
Berbeza dengan kandungan kafein, Arabica memiliki kandungan lemak dan gula yang lebih tinggi daripada Robusta.
Kopi Arabica lebih digemari kerana aroma dan rasanya yang unik seakan ‘buah-buahan’. Manakala aroma kopi Robusta adalah seperti aroma kacang. Rasa kopi Robusta lebih ‘strong’ dan pahit. Biasanya kopi jenis ini diminum bersama campuran susu. Antaranya latte, cappuccino, mochacino dan lain-lain.
Kira-kira 70% pengeluaran kopi adalah jenis Arabica, manakala 28% adalah Robusta. Selebihnya adalah daripada jenis Liberica dan Excelsa.
Soalan cepu emas…Kopi apa yang ditanam di Malaysia? Menurut sumber, kopi yang ditanam di Malaysia adalah jenis Liberica dan Robusta.
Sekian. Wassalam
Rujukan:districtroasters.com, tokopedia.com, food.detik.com
suka semua jenis kopi…kopi kampung + yang urban..
kalau di pasar minggu di kampung, ada gerai yg jual kopi kisar yg fresh..sedap betul rasanya..
Bukan setakat rasa..kopi yg kisar tu punya aroma, memang best.
siapa pengemar kopi wajib tahu info ini..
kopi memang sedap diminum dan cuma sekarang agak kurang minum kopi
Yup.. penggemar kopi harus tau.
Info penting ni 🙂
Saya mmg kaki kopi.. semua saya balun, yang penting sedap hehee 😀
sy rasa robusta lg sedap sbb kafe sblh opis sy ni dia buat kopi dr robusta mmg sedap airnya…