Ikan Bilis




Assalamualaikum.

Kali ni nak cerita pasal ikan bilis. Tak pernah umur Akak beli ikan bilis kat Lazada. Selalu kalau gi Lazada, beli baju atau peralatan DIY aje.

Alhamdulillah…ikan bilis dah sampai

Cari ikan bilis kat kedai area rumah macam tak berapa manarik. Lagi pun tak sampai hati nak biar ketua keluarga keluar pergi kedai lama-lama, setakat nak cari ikan bilis. Cara paling mudah, beli aje lah online.

Penting tau ikan bilis ni time2 MCO. Macam-macam lauk atau makanan boleh settle kalau ada ikan bilis.

Contoh-contoh makanan atau sajian yang perlu ada ikan bilis (cara saya):

Sambal ikan bilis & nasi lemak.

Yang menjadi pilihan suami dan anak-anak, biasanya nasi lemak. Tapi, tak kan la nak makan nasi lemak hari-hari.

Pilihan ke 2 adalah nasi goreng. Ni biasanya kalau ada nasi semalam yang lebih. Masa MCO ni, nak buang sebijik nasi pun rasa sayang #sisinsoffff

Nasi Goreng…

Kalau nak bertukar selera, boleh la buat makanan berasaskan tepung. Contohnya jemput-jemput ikan bilis. Makan panas-panas sambil menghirup kopi o…wow…😍

Abaikan lah rupa kejadiannya..

Kalau nak makan lempeng dengan sambal ikan bilis pun, tak ada masalah.

Lempeng & sambal ikan bilis

Begitulah cerita ikan bilis Akak…

Saja nak tepek sini. Kenangan masa MCO. Moga wabak covid-19 ini segera berakhir. Dan semoga kita, keluarga dan sabahat-sahabat semua dilindungi sentiasa. Aameen.

12 thought on “Ikan Bilis”

  1. khirkhalid says:

    Skrng duduk kat rumah ni mcm rasa lebih bnyk makan dari kebiasaan. Semua nampak sedap nak makan hehee

    1. Fidah Shah says:

      Itulah masalahnya…nak kena control makan..hihi

  2. FAZRI says:

    kalo di tempat saya namanya ikan teri, mungkin sejenis. asin

    1. Fidah Shah says:

      Oh..ikan teri kalau disana.
      Terima kasih kunjungannya ke blog ini

  3. Mungkin dikampung saya namanya ikan teri
    Semoga sehat selalu

    1. Fidah Shah says:

      Pasti bahan masakan yang hasilnya enak bangat…
      Moga sihat selalu juga. Terima kasih

  4. nohas says:

    ikan bilis mmg banyak kegunaan..buat lauk, buat perencah, buat kuih…cantik ikan bilis Lazada, berbaloi beli online..

    1. Fidah Shah says:

      Ni first time beli. Ok jugak kualitinya. Tahan lama kalau disimpan elok.
      Senang kalau ada ikan bilis. Macam2 lauk boleh buat.
      Thanks Kak Nohas

  5. Zumal says:

    Sejak PKP baru zumal tahu macam-macam ada dijual di marketplace online, dulu bayangkan pakaian, peralatan telekomunikasi dan barang penjagaan diri jer. Sejak tak keluar ni segala mak nenek beli online

    1. Fidah Shah says:

      Tokey barang online sudah mariiii….
      Musim PKP ni senang kalau beli secara online. Tak payah gi kedai nak beratur. Penghantaran pun cepat. Barang berkualiti.
      Thanks Zumal

  6. Padin says:

    sejak berumahtangga, memang beli bilis online,
    mata biru dari Lumut.

    1. Fidah Shah says:

      Ada member rekomen ikan bilis dari Lumut hari tu. Nanti nak cari juga lah.
      Thanks Padin

Leave a Reply

Related Post