Cerita Family

Lempeng Oat

Assalamualaikum.

Hajat di tekak nak makan lempeng kelapa, tapi siapa pulak nak parut kelapa malam-malam ni….

Maka Akak tambah aje lah oat. Stok oat pun masih banyak lagi…Lebih sihat pun ya juga 😀

Lempeng Oat & Sambal Ikan Bilis

Kebetulan sambal ikan bilis semalam ada lagi. Memang elok sangat lah kalau di makan bersama.

Cara buat lempeng oat ni senang aje. Bahannya sama macam lempeng biasa (tepung, sedikit garam dan air), cuma tambah oat saje. Saya guna instant oat. Jangan lupa minyak untuk ‘melempeng’ – tapi Akak cairkan planta…

Abaikan kaler2 yang hitam tu. Lagi garing, lagi best kan…

Alhamdulillah……dah selamat jadi santapan sekeluarga malam ni

Untuk anak-anak yang mengambil ujian / peperiksaan awal tahun esok, semoga berjaya. Aameen.

Sekian. Wassalam.

4 thoughts on “Lempeng Oat”

Leave a Reply