Assalamualaikum.
Baru-baru ni viral tentang khasiat daun neem atau daun semambu yang dikatakan boleh menjadi penawar pada wabak covid 19.

Sekiranya benar seperti apa yang dikata, Alhamdulillah. Jika tidak, Allah Maha Mengetahui sebabnya.
Walau bagaimanapun, daun neem atau semambu telah lama digunakan sebagai penawar atau digunakan untuk melegakan pelbagai penyakit lain. Contohnya demam campak.
Ada juga yang menjadikan daun neem atau daun semambu sebagai bahan utama untuk sabun mandi atau scrub badan. Maka, jadilah sabun neem atau scrub neem.

Untuk anak-anak atau adik kakak yang tidak pernah tengok daun neem atau semambu, inilah rupa parasnya.

Untuk pengetahuan, pokok neem atau semambu boleh ditanam di dalam pasu. Cuma bila dah tanam dalam pasu tu, pokoknya tak lah besar mana. Tapi bolehlah diambil daunnya bila perlu.
Penjagaannya juga mudah. Cuma kena rajin siram dan letaklah baja 2 minggu sekali.
In shaa Allah. Dia boleh hidup subur.
Ok. Itu aja yang Akak nak share.
Dengan nama Allah yang dengan namaNya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudaratan dibumi mahupun di langit. Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui – Riwayat Abu Dawud.
Semoga wabak covid 19 ini segera berakhir. Aameen.
Sekian. Wassalam.
#perintahkawalanpergerakan #mco #dirumahaja #dudukdiamdiam #year2020
Moga kita semua sentiasa dilindungi dan mudah2an situasi yg kita semua tempuhi ini dpt segera pulih sepenuhnya.. aamiin. Stay safe!
Aamiin..aamiin. Stay safe juga utk Khir and family.
banyak khasiat daun ni..time awal2 PKP dulu femes gak daun ni, rupanya boleh diminum air rebusannya..
Banyak khasiatnya dan boleh digunakan sebagai bahan perubatan. Macam2 produk berasaskan daun neem juga boleh dihasilkan.
Dekat Pagoh jumpa satu kedai Chinese jual daun ni. Mulanya ingat daun kari, tengok betul2 oh beza rupanya…
Jangan buat masak kari pulak Zumal 🙂 🙂