Hobby Other Craft

DIY Face Mask

Assalamualaikum.

Baru-baru ni Akak ada buat face mask. Belajar dari Uncle Youtube aje.

Nak kata pandai menjahit tu, tak ada lah jugak. Tapi setakat nak jahit sambung-sambung kain tu, boleh la siket2.

Akak cuba ‘jahit tangan’ saja. Tak perlu guna mesin jahit. Saiznya pun kecik aje. Jadi, adik kakak yang tak ada mesin jahit tu pun boleh cuba.

Barang-barang keperluan untuk membuat face mask. Jangan lupa kain..😀

Boleh tengok gambar-gambar ni untuk cara-caranya.

Gambar 1 : Cari face mask untuk buat ukurannya. Nak senang, lukis dulu di atas kertas supaya lebih mudah untuk dijadikan panduan masa potong kain nanti. Tambahkan 1/2 inci. Kertas tu, dilipat 2 tau…

Gambar 2 : Gunting kertas mengikut ukuran yang kita dah lukis tadi.

Gambar 3 : Hasil kertas yang telah digunting, kalau dibuka lipatannya.

Gambar 4 : Proses mengukur pada kain pulak.

Gambar 5: Untuk memudahkan proses menggunting, pinkan kertas pada kain. Pastikan kain sudah dilipat 2.

Gambar 6: Hasil kain yang sudah digunting. Buat 2 set. Sebab face mask ni ada 2 lapis.

Gambar 7: Itu hasil kejadian selepas dibuka lipatan.

Gambar 8: Tandakan pada kain tempat untuk kita menjahit getah atau tali (yang digunakan untuk pakai di telinga).

Ukuran getah / tali lebih kurang 16 – 18 cm. Ikut besar muka masing2…😀

Gambar 9 : Masa untuk keluarkan benang dan jarum masing-masing.

Gambar 10 : Jahit getah / tali untuk sangkut telinga (rujuk gambar).

Gambar 11: Rupa kejadian selepas kedua dua getah / tali dijahit. Pastikan ia menghala ke dalam.

Gambar 12 : Cantumkan bahagian yang berlekuk (atau v) di kedua-dua bahagian untuk mendapat efek ‘kembung’ 😀😀. Fungsinya adalah untuk menampung kemancungan hidung masing-masing bila pakai mask tu nanti…

Gambar 13 : Masa untuk mencantumkan ke dua dua lapisan kain. (Tu untuk contoh saja sebab masa gambar tu diambik, Akak belum cantumkan bahagian yang berlekuk tu). Sepatutnya, masa step ni, bahagian berlekuk (atau v) tu dah bercantum. Face mask ini ada 2 lapisan. Pastikan yang kain yang bercorak bertemu kain yang bercorak.

Gambar 14 : Pinkan kain supaya lebih mudah untuk kita jahit.

Gambar 15 : Jahit disekeliling kain. Sorry…garisan tak berapa lurus..huhu. Tinggalkan sedikit bahagian dihujung paling kanan (rujuk gambar). Fungsinya adalah untuk tarik atau terbalikkan face mask itu (dari bahagian dalam ke luar). – Orang tempat Akak kata to turn the face mask right side out through the gap.

Gambar 16 : Hasil selepas kita tukar atau terbalikan permukaan face mask.

Ingat tak bahagian yang masih tidak berjahit atau gap yang kita gunakan untuk terbalikkan face mask tadi?…Sekarang masa untuk kita jahit bahagian itu.

Lepas tu, untuk kemaskan lagi, kita jahit disekeliling mask. Kalau guna mesin jahit, kita panggil top stitch. Tapi, kalau tak ada mesin jahit, kita jahit guna tangan saja.

Contoh – Katalah ini facemask kita yang hampir siap, sila jahit disekeliling permukaannya. Rujuk garis putus2..

Ok. Dah siap. Cuci dulu sebelum pakai. Lepas tu boleh pakai. Lepas pakai cuci lagi. Lepas tu boleh pakai lagi…😃😃😃

Sekian. Selamat mencuba. Wassalam.

#stayathome #dirumahaja #dudukdiamdiam

7 thoughts on “DIY Face Mask”

  1. akk pun pakai mask kain mcm ni..reusable, washable..walaupun tv cakap mask ni tak sesuai, tapi bolehlah daripada tiada kan..

Leave a Reply