Nasi Kukus Tonggek Sotong King




Assalamualaikum. Hari ni nak cerita pasal nasi kukus.

Tengok nama nasi macam ngeri. Tapi yang pelik-pelik ni lah yang jadi viral. Yang ganjil macam ni lah yang orang nak cuba. Termasuk Akak..😀

Begini lah rupa paras presentation nasi kukus

Mula-mula Akak jakun jugak. Kenapa nama dia macam tu. Apa kaitan nasi dengan tonggek. Issshhkkkk….

Nasib baik lah masa menunggu makanan, ada orang tanya.

“Mana nasinya?”

“Nasinya ada di dalam bekas aluminium tu. Kalau nak makan, terbalikkan bekas tu. Baru lah nasinya keluar”

“Oh..macam tu. Lebih kurang macam konsep nasi buluh”

Banyak juga portion nasi dan lauknya.
Begini paras rupa bila nasi dah dikeluarkan dari bekas aluminium. Sila abaikan telur mata dengan kuali kecik kat belakang tu. Akak tak makan semua. Itu orang lain punya…😄

Rasanya sedap. Boleh datang lagi.

Di gerai tu, pilihan lauk pun banyak. Ada set nasi + sotong, ikan, ayam, begedil dan macam-macam lagi.

Harga boleh tahan. RM15.90 untuk set nasi kukus sotong king. Untuk set yang lain-lain, Akak tak sempat tengok pulak.

Portion nasi dan lauk boleh tahan besar. Kalau tengah lapar atau tangki besar boleh order sorang satu. Tapi, kalau tengah diet atau nak rasa-rasa aje, Akak cadang beli satu dan boleh share dengan member.

Sekian. Wasaalam.

Tags:

6 thought on “Nasi Kukus Tonggek Sotong King”

  1. anies says:

    assalamualaikum… selamat tahun baru 2020… maaf laa baru sempat nak datang jenguk ke blog ni… insya allah sy akan kembali fokus sama seperti sebelum ini…. harap2 tak serik utk terjah blog sy nanti ya…

  2. anies says:

    p/s sis tlg tinggalkan link kt blog profile. susah betul sy nk jejak ke sini

  3. anies says:

    tang mana yg tonggek tu? kalu tunggangkan nasi sy faham laa hehehehe

    1. Fidah Shah says:

      Perkataan yang lebih tepat sebenarnya tunggang kan tin yang ada nasi tu…
      Nama komersial kot..

  4. nohas says:

    terliuq ni…tengok sambal sotong tu..

    1. Fidah Shah says:

      Boleh cuba. Kat Sogo. Dah dekat tu

Leave a Reply

Related Post