Cerita Family

Dik, Nak Ayam Bahagian Peha Belah Kanan Satu

Assalamualaikum. Lama sungguh rasa tak bersiaran.

Tadi, selesai membeli barang sekolah anak, Akak sempat singgah ke gerai Nasi Ambeng.

“Dik, nak Nasi Ambeng satu. Nasi separuh dengan lauk ayam bahagian peha”

“Kalau nak bahagian peha, kena tunggu kejap. Boleh?” Jawab adik Nasi Ambeng.

“Kalau macam tu, mana-mana bahagian pun ok”

Nasi Ambeng

Tekak jawa Akak ni sebenarnya dah lama meronta-ronta nak makan nasi ambeng. Alhamdulillah. Berjaya juga.

Harga pun berpatutan. RM6 sebungkus.

Nasi Ambeng… Nasi separuh, lauk setimbun, timun lebih… 😜

Kalau nak makan Nasi Ambeng yang sedap dan harga berpatutan, datanglah ke Bangi.

Kat Bangi bukan setakat ada baju dan tudung hijabster, makanan pun banyak. Jom

Sekian. Wassalam.

4 thoughts on “Dik, Nak Ayam Bahagian Peha Belah Kanan Satu”

  1. hehe kenal nasi ambeng ni masa start kerja, 2009.
    Boleh kata favourite jugaklah bila dah mula makan,
    dari harga 3.50 sekarang dah 7 ringgit..
    cuma jarang dah pergi sebab malas nak beratur panjang…

Leave a Reply