Cerita Family Product Review

Di Sebalik Tabir

Apa ada di sebalik tabir? Ada yang panggil tirai. Ada yang panggil langsir.

Tak tau la korang panggil apa. Akak panggil langsir aje.

Tingkap, langsir dan dot.. dot.. dot

Semalam Akak teman Mak Cik pergi memilih langsir di Nilai 3. Memang cantik-cantik. Silap-silap boleh rambang mata.

Purple… 😍

Sambil-sambil tengok langsir tu, sempat jugak ambik gambar. Nak hantar kat Cik Abang katanya. Kot2 la tergerak hati dia nak beli kan Akak langsir baru. Kalau tak sempat untuk tahun baru 2020 ni, Tahun Baru Cina nanti pun boleh 😆😆😉😉

Eyelet Curtain. Credit Google.

Ada banyak jenis langsir di pasaran. Yang kat atas tu namanya Eyelet Curtain.

Yang ni pulak namanya Tab (top) Curtain.

Tab Curtain. Credit Google.

Pendapat peribadi, Eyelet dan Tab Curtain lebih senang nak pasang. Masukkan aje dalam rod besi atau kayu tu.

Satu lagi jenis langsir yang popular adalah French Pleat Curtain. Ada yang panggil Pinch Pleat Curtain. Nama melayu Akak tak tau.. huhu 😅

French Pleat Curtain. Credit Google.

Sebenarnya ada banyak lagi jenis langsir di pasaran. Boleh refer kat gambar ni.

Credit Google

Ok. Tu aje nak cerita. Moga bertambah pengetahuan tentang jenis-jenis langsir.

Langsir tau, bukan langsuir

Sekian. Wassalam.

2 thoughts on “Di Sebalik Tabir”

  1. hehe pengalaman masa masuk rumah, nak pasang langsir jenis mana pon kena ambik ukuran betul2…
    saya main agak2 je, bila datang langsirnya,
    nah… menggelebeh ke bawah… huhuu

Leave a Reply