Beauty & Health Essential Oils Product Review

Pomade

Apa ada dengan Pomade?

Ianya adalah sejenis hair styling product. Zaman dulu-dulu, Pomade diperbuat daripada lemak beruang 😲. Tapi kini, Pomade lemak beruang telah pun digantikan dengan beeswax dan petroleum jelly.

Pomade dapat memberikan ‘hold and shine’ sepanjang hari berbanding dengan gel. Ianya diperbuat dari bahan-bahan yang terpilih dan berkualiti. Pomade juga ada dalam bentuk oil-based dan water-based.

Apa beza pomade dengan wax dan gel?

  • WAX dihasilkan daripada bahan seperti minyak wax atau lilin. Wax mengambil masa lebih lama untuk kering berbanding dengan Pomade. Walaupagaimana pun, wax tetap memberikan kilatan dan kekemasan pada rambut.
  • Gel Rambut biasanya dihasilkan dari bahan berasaskan air. Fungsinya adalah untuk mengekalkan gaya fesyen rambut supaya kemas dan rapi. Bergantung pada jenama, ada sesetengah gel juga dapat memberikan efek kilau dan basah (seperti pomade) pada rambut.

Kenapa guna Essential Oil sebagai bahan pomade?

Kerana Rosemary, cedarwood dan lavender essential oil dapat membantu merangsang pertumbuhan rambut.

Ada sesetengah pendapat yang mengatakan minyak rosemary dan cedarwood juga dapat membantu mengurangkan masalah keguguran rambut dan kulit kepala yang kering.

Campuran minyak kelapa dan minyak zaitun yang digunakan sebagai bahan utama dalam Pomade juga baik untuk rambut.

Semoga lepas ni, rambut anda semua kekal sihat, kemas dan rapi.

Sekian. Wassalam.

4 thoughts on “Pomade”

  1. Zaman sekolah dulu ada pomade dari minyak sayur, agak femes juga tp saya tak berapa suka bau. Sekarang dah ada yg lebih baik lagi dan lebih dipercayai pembuatannya kan.

  2. selain utk segak bergaya, dapat merawat rambut, itu yg bagus…mak saya buat minyak rambut dgn minyak kelapa..akk tak suka bau dia..hehe..

  3. saya pernah guna pomade dan ternyata tidak serasi..

    saya lebih gemar gel kerana faktor usia..

    lagi tua lagi bergel rambut hehehehe

Leave a Reply