Rosemary




Apa ada dengan rosemary?

Herba Rosemary

Jika anda rasa Rosemary hanya gunakan sebagai bahan masakan, anda silap kerana ada banyak lagi manafaat yang boleh didapati dari herba ini.

Herba yang berasal dari Mediterranean ini mengandungi banyak khasiat dan baik untuk kesihatan. Antara manafaat Rosemary adalah:

  • Meningkatkan memori. Walaupun masih dalam kajian, ada yang mengatakan dengan menghidu bau Rosemary, ianya dapat membantu meningkatkan ingatan dan daya fokus.
  • Menggalakkan pertumbuhan rambut. Minyak Rosemary dapat membantu menggalakkan pertumbuhan rambut baru dan membantu mencegah keguguran rambut. Jadi, jika ada kakak atau abang yang rambutnya mulai sedikit atau mengalami masalah keguguran rambut, bolehlah mencuba minyak rosemary ini.
My new DIY project. Saya guna kan rosemary essential oil sebagai salah satu bahan dalam pomade ini. Anak-anak pun suka 😍
  • Melegakan stress. Dalam kehidupan seharian, pasti ada banyak perkara yang boleh membuat kita rasa stress atau tertekan. Contohnya ketika menghadapi peperiksaan atau ujian. Berada dalam kesesakan lalu lintas juga boleh membuat kita stress. Apa kata lepas ni kita cuba menghidu aroma Rosemary. In shaa Allah. Boleh melegakan.
  • Menghilangkan masalah bau mulut. Ada petua yang mengatakan dengan berkumur dengan air yang direndam dengan daun rosemary dapat mengatasi masalah bau mulut. Boleh cuba petua ni kalau nak tahu hasilnya.
  • Bahan masakan. Siapa pernah merasakan kelazatan ayam rosemary (baca: rosemary chicken)? Boleh Google resipinya dan masak sendiri kalau nak tahu betapa sedapnya ayam atau daging yang telah diperap dengan herba rosemary.

Selain dari digunakan sebagai bahan masakan, saya memggunakan rosemary ini sebagai bahan dalam inhaler.

Cara menggunakan essential oil untuk inhaler. Pastikan anda menggunakan Young Living Essential Oil 😍

Jadi tunggu apa lagi abang kakak adik semua. Jom kita gunakan rosemary.

Sekian. Wassalam.

6 thought on “Rosemary”

  1. khirkhalid says:

    Bagusnya ada mcm ni.. boleh inhale buat penghilang stress juga ni klu time2 bnyk kerja kan.

    1. Fidah Shah says:

      Boleh Khir. Letak dalam inhaler. Kat2 mana2 boleh guna.
      Thanks..

  2. mrhanafi says:

    kalau meningkakan memrori memang best..

    semakin berusia semakin kurang ingat

    1. Fidah Shah says:

      Boleh cuba ni Tuan
      Harapnya boleh membantu

  3. duniazumal says:

    Produk yang menarik 😊

    1. Fidah Shah says:

      Boleh cuba ni Zumal

Leave a Reply

Related Post