Beauty & Health Essential Oils Product Review

Lip balm – A kiss of moisture

Kenapa kita perlu menggunakan lip balm?

Selain daripada kulit, penjagaan bibir juga penting. Pasti rasa tidak selesa jika bibir kita kering dan merekah. Untuk mengelakkan masalah bibir kering, rajin-rajinlah guna lip balm.

My lip balm. Sambil-sambil Mak belajar design sticker untuk produk..😀

Menggunakan lip balm juga mudah. Hanya perlu sapukan dibibir. Berlainan dengan jika ‘pakai’ lipstick yang selalunya dilalukan di depan cermin. Takut comot katanya.

Lip balm juga boleh digunakan bersama lipstick. Sapukan lip balm di bibir dahulu untuk mendapatkan bibir yang lembab. Selepas tu, baru lah sapu lipstick. Dengan teknik yang betul, boleh kelihatan ala-ala ‘wet look’ gitu. Seksi kan… 💋💋💋

Penggunaan lip balm bukan sahaja untuk wanita, kaum Adam pun boleh guna. Jadi adik kakak sekelian, lepas ni pakat-pakat beli lip balm untuk Cik Abang.

Pemilihan lip balm juga penting. Pastikan anda memilih lip balm yang bebas dari bahan kimia yang merbahaya. Pastikan juga ia dibuat dari bahan-bahan yang berkualiti, contohnya Young Living Essential Oils. In shaa Allah, rasa lebih yakin dan selamat untuk digunakan.

Lavender essential oil – Antara bahan penting dalam pembuatan lip balm.
Sumber : Whitebarley instagram
Carrier oil juga digunakan untuk membuat lip balm
Sumber : Whitebarley instagram

Tunggu apa lagi. Jom cuba lip balm with essential oils ni… 👍😊😘

Lip balm by Whitebarley. Ada young living essential oils lagi.. 💋

Sekian. Wassalam.

7 thoughts on “Lip balm – A kiss of moisture”

Leave a Reply