Cerita Travel

Jalan-jalan Bandung

Assalamualaikum

Sepatutnya artikel ni ditulis pada Februari lepas. Tapi Mak tak sempat… huhu. Apa-apa pun kena tulis dan tepek gambar jugak sebab Mak nak buat kenangan. Blog ni kan diary Mak.

Kali ni kisah jalan-jalan Bandung, Indonesia.

p/s: Terima kasih pada Cik Abang sebab memberi keizinan pada Mak untuk pergi ke sana.

Pergi tak lama, 3 hari 2 malam. Tapi kalau nak pergi dengan keluarga dan nak explore lebih banyak tempat di Bandung, saya rasa perlu duduk kat situ lebih lama lagi. 4 hari mungkin…

Mesti lah kan. Untuk ibu-ibu, harus ada masa yang cukup untuk bershopping. Itu belum lagi yang mau urut-urutan di Spa, selain dari melawat tempat-tempat cantik di Bandung.

DAY 1

Bila sampai saja ke bumi Bandung, perkara pertama yang harus dibuat mesti lah isi minyak dulu..
Masa tengah makan tu, hujan pulak. Jadi, inilah viewnya.
Pemandangan di luar restoran
Jus avocado ni jangan lupa kalau ke sana.
Tempat penginapan. Cantik hotel ni.
Ni tempat makan malam selepas rombongan Cik Kiah bershopping.
While waiting for the food

Ada orang tanya, mana gambar masa shopping?

Gambar shopping tak ada Kak. Masa shopping kita kena fokus menguruskan perbelanjaan… Haha.

Tapi bila dah tiba tempat macam ni, beg mesti ‘beranak’ punya lah.

Saya pergi dengan satu beg, balik bawak 2 beg (tak banyak kan.. Hihi). Timbang pun tak sampai 20kg. Tapi sempat jugalah membeli baju untuk keluarga, kain batik jawa (ini main focus), blouse, kebaya, kebatat (baca: kebaya ketat) dan macam-macam lagi.

DAY 2

Makan lagi. Kali ni nasi padang. Ni adalah sajian lepas membeli belah di Pasar Baru. Kena makan banyak siket sebab dah habis tenaga bershopping… 😆
Lepas tu kami ke Dusun Bambu. Cantik sangat tempat ni.
Blogger busy tengok gambar… 📸

Sejuk ke tempat tu Kak Fiffy? Sejuk. Obersea kan.. 😆😆. Sebenarnya sejuk juga sebab masa tu baru lepas hujan. Jadi, memang harus pakai jacket.

Putih, lambang kesucian.
Busy ambik gambar. Rugi kalau tak ambik. Cantik banget nihhh
Nobody can bring you peace but yourself
Saya sedang belajar cara berposing depan bunga 😊😊😊
… Dan hasilnya.. 😆
I love my friends… 💞💋😍 #nenggulis
Lepas penat berposing kita makan lagi. Kali ni kat Restoran atas bukit pulak. Nama restoran : The Stone Cafe. View memang cun.
Sebelum duduk ambik gambar dulu.

DAY 3

Pemandangan Kota Bandung di siang hari.
Gambar masa jalan-jalan.

Apa yang best sangat tentang Jalan-jalan Bandung?

Selain dari tempat yang ala2 sejuk, makan pun best. Nak solat juga mudah kerana di restoran yang besar, ada surau disediakan (maksudnya, kalau keluar pagi, nak balik malam pun tak ada masalah sebab ada tempat untuk bersolat yang selesa).

Perkhidmatan Pak Supir juga tip top. Ada kenderaan disediakan sepanjang kami di sana. Cakap saja mau ke mana, nanti boleh dihantarin oleh Pak Supir.

Masa bershopping di Pasar Baru juga, ada yang tolong bawa kan barang (sekali pakej dengan perkhidmatan Pak Supir). Jadi Akak2 boleh fokus untuk memilih dan membeli barang saja, sebab barang yang dah dibeli (beratnya berkati kati dan berkilo kilo) semuanya ada yang tolong bawakkan. Harga perkhidmatan juga amat berpatutan.

Sebelum balik kita singgah sini dulu. Cari manisan katanya.
Bandung Makuta
Masa untuk pulang

Statement paling jujur…, saya suka sangat Bandung. Semuanya best. Kalau ada rezeki, in shaa Allah, nak pergi lagi. Bisa kann…

Sekian. Wassalam.

14 thoughts on “Jalan-jalan Bandung”

  1. antara tempat yang saya akan pergi untuk menghabis sisa sisa usia remaja senja bersama isteri tercinta ( bakal)..

    sebab sebelum menutup mata buat selama-lamaya …nak juga melihat dunia di luar…in shaa Allah

Leave a Reply