Islam

Doa Di Hari Arafah

  • Ya Allah, Kurniakanlah kepada ku kejayaan terbesar. Selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.
  • Ya Allah, Masukkanlah aku dan keluarga ku dalam golongan orang yang beriman, yang menerima kitab amal dari tangan kanan kami.
  • Ya Allah, Kurniakanlah kepada ku kematian yang diberkati. Izikan aku mengucap syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakan kepada ku syafaat Rasulullah SAW.
  • Ya Allah, Ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa ku. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani ku sewaktu aku kecil.
  • Ya Allah, Satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.
  • Ya Allah, Tingkatkan keyakinan dan tawakkalku pada Mu. Jangan ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaanMu, kehebatanMu dan kekuasaanMu.
  • Ya Allah, Tingkatkan kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (Rasulullah SAW).
  • Ya Allah, Ampunilah aku dan tingkatkanlah kurniaan Rahmat dan Rezeki Mu.
  • Ya Allah, Berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredaan Mu.
  • Ya Allah, Sucikanlah niatku hanya untuk Mu semata-mata, dan lindungilah aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkanlah aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk-nunjuk dan mengungkit-ungkit nikmat.
  • Ya Allah, Penciptaku dan Tuhanku. Jangan biarkan aku bersendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang menjadi penyejuk mataku.
  • Ya Allah, Selamatkanlah aku dari fitnah dajjal.
  • Ya Allah, Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
  • Ya Allah, Tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja amal dan Sadakatul Jariah.
  • Ya Allah, Berkatilah hidupku dengan kesihatan yang baik agar aku dapat bersujud dengan Mu dengan mudah sehingga ke akhir hayat ku.
  • Ya Allah, Lindungilah aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas yang zalim. Selamatkanlah kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
  • Ya Allah, Berkatilah hidupku dengan yang terbaik di dunia ini dan di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan daripadaMu Ya Allah.
  • Ya Allah, Tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepadaMu.
  • Ya Allah, Selamatkanlah aku dari kemunafikan.
  • Ya Allah, Izinkan aku dan suamiku/isteriku menjadi antara jemaah menunaikan haji sebelum kami dijemput oleh Mu.
  • Ya Allah, Lindungilah kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungilah kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
  • Ya Allah, Aku berdoa dan memohon daripada Mu untuk mengurniakan bimbingan kepada umat Islam. Selamatkan kami semua dari kekufuran, putus asa, salah laku dan syirik.
  • Ya Allah, Berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajud dan solat awal setiap waktu.
  • Ya Allah, Selamatkan rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
Arafah

Sumbangan : Hajjah Juli, Kerdit: nenggulis.co, Sumber.

1 thought on “Doa Di Hari Arafah”

Leave a Reply