
Do it yourself atau DIY dah menjadi satu trend sekarang.
Kalau tak percaya tengok saja di youtube. Macam-macam benda boleh dibuat. Kedai menjual bahan-bahan untuk DIY pun ada banyak sekarang. Tak cukup kedai biasa, nak beli secara online pun ada. Kadang-kadang boleh rambang mata dibuatnya.

Cerita panjang-panjang, apa sebenarnya kebaikan DIY ni?
- JIMAT BELANJA. Yang ni kebanyakkannya betul. Pengalaman sendiri, bila buat sesuatu berkonsepkan DIY, kosnya agak murah. Selain lebih murah, boleh buat banyak-banyak juga. Boleh buat sorang satu untuk mak, ayah, suami, isteri dan anak-anak.
- MENINGKATKAN KREATIVITI. Tak percaya? Boleh cuba. Bila nak buat sesuatu sendiri, mestilah betul-betul nak ‘customize’ mengikut keperluan dan apa yang kita suka. Contohnya nak buat nasal inhaler. Boleh pilih bau mengikut kesukaan (i.e bergantung pada bahan atau essential oils) dan nak pilih warna apa pun boleh.

- DAPAT BELAJAR PERKARA BARU. Ni yang best. Kadang-kadang kita tak sangka kita boleh buat sesuatu benda sendiri dengan hanya bertanya pada Acik Google.. 😊😊. #akakboleh
- BOLEH DIJUAL DAN MENAMBAH PENDAPATAN. Kalau dah expert dan boleh buat dengan kuantiti yang banyak, bolehlah barang atau produk tersebut dijual. Sambil menambah kemahiran, dapat juga menambah pendapatan.

Sumber: Whitebarley Instagram
- MASA BERSAMA KELUARGA. Kalau nak buat apa-apa tu, lebih baik ajak pasangan atau anak-anak sekali. Lebih-lebih lagi jika anda membuat produk yang ganjil-ganjil. Selain daripada itu, mesti ada lebih banyak idea disamping dapat meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.

- BERJUMPA DENGAN KAWAN BARU. Networking dan silaturrahim… semuanya penting, kan. Contohnya ketika saya pergi ke kelas DIY sabun hari tu. Dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama. Selain itu, dapat pula kawan-kawan baru dari pelbagai latar belakang dan juga yang mempunyai minat yang sama.
- LEBIH TERJAMIN KEBERSIHAN. Guna kan tanpa was-was. Benda yang kita buat sendiri, mestilah kita lebih yakin dengan kandungan atau bahan-bahannya. Contohnya jika kita menggunakan Young Living Essential oils sebagai bahan utama (yang sudah terbukti berkualiti). Begitu juga dengan tahap kebersihannya. Pasti level AAA… betul tak?

Pastinya ada banyak lagi kebaikan tentang DIY ni. Tak percaya, boleh cuba sendiri.
Sekian. Wassalam.
Menarik juga ni. Cuma tak tajin nak buat
Kena ada minat juga kalau nak buat.
Thanks Zumal
Org perempuan mmg suka benda2 mcm ni, especially klu boleh buat sndiri.. mmg unik 🙂
Best tau dapat guna barang hasil tangan.. 😊
Thanks Khir…
DIY lebih organik… kalau berkesan, boleh buat bisnes, itu yg best..
Setuju. Kita juga boleh pastikan kualiti bahan2 yg digunakan.