Family Product Review Travel

101 Resort Janda Baik Pahang

Assalamualaikum.

Lepas menyambut Hari Raya Aidil Adha, saya sekeluarga sempat singgah ke Kampung Janda Baik, Pahang. Dah lama plan nak pergi, tapi tak berkesempatan.

Alhamdulillah. Akhirnya berjaya juga misi nak ke sini.

Tempatnya cantik. Pada siapa-siapa yang mencari tempat hijau, ada sungai, tenang dan tak berapa jauh dari KL, memang inilah tempatnya… 😊

OK. Tak nak cerita panjang-panjang. Jom tengok gambar.

Ni ada kat depan pintu pagar…
Tempat check in
Perjalanan ke bilik kami. Saja nak test2 stamina, OK ke tidak bila panjat bukit ni sambil bawak beg.
Dari jendela kaca
Kolam… Untuk anak2 test skill terjun tiruk.. huhu
Di sebelah resort, ada sungai.
Spa pun ada untuk yang lenguh kaki tangan.
Pemandangan senja dari beranda bilik
Tempat sarapan, sambil ditemani cahaya suria pagi.
Aku, dia dan cahaya matahari 😆

Saya suka pemandangan kat sini. Hijau dan sejuk mata memandang.

Cuma kalau nak bawa Pak Cik Mak Cik yang ada masalah sakit kaki atau sakit lutut, mungkin tak sesuai nak menginap di bilik atas bukit. Tapi, masih ada pilihan untuk bilik lain (yang tak kena naik bukit).

OK. Tu aje nak cerita.

Sekian. Wassalam.

10 thoughts on “101 Resort Janda Baik Pahang”

  1. sungguh cantik la resort ini..

    saya akan sampai ke sini suatu hari nanti untuk misi berbulan madu …

    aamiin..

Leave a Reply